Allah jadikan sihat supaya kita bersyukur manakala diuji dengan sakit supaya kita bersabar. Dalam hadith ada menyebut bahawa sakit penghapus dosa dan diangkat darjat melaluinya.
Sebagai seorang mukmin yang beriman kepada Allah, perlu sangat tawajuh atau tumpuan kita terus kepada Allah apabila diuji dengan kesakitan. Allah kerap 'memanggil' kita namun sering kali kita tidak menyahut kerana sibuk pada urusan dunia. Lalu Allah 'baling' kepada kita sakit supaya kita melihat ke atas dan menyahut 'panggilanNya'.
Oleh itu, di sini ada sedikit tips apa yang perlu kita buat apabila sakit.
1) Terima sakit tersebut dengan redha. Antara sifat orang yang beriman adalah redha pada qada dan qadar Allah.
2) Solat sunat hajat, paling kurang 2 rakaat dan minta pada Allah kesembuhan dan kebaikannya.
3) Ikhtiar melalui jalan sunnah. Antaranya adalah:-
- Sedekah.
- Puasa sunat.
- Taubat dan istighfar.
- Makanan sunnah seperti madu dan sebagainya.
- Rawatan yang sabit dengan sunnah seperti bekam, memakai inai jika sakit di kepala dan sebagainya.
4) Ikhtiar melalui rawatan alternatif. (BEKAM SUNNAH PERUBATAN WAHYU)
5) Ikhtiar melalui ubatan moden.
6) Doa dan hati bertawakal kepada Allah sepenuhnya.
Comments
Post a Comment