Skip to main content

SAUDARA BARU BEKAM IKUT SUNNAH RASULLULLAH SAW

Assalamualaikum dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana segalanya dipermudahkan. Terima kasih saya ucapkan kepada yang telah datang ke tempat saya untuk mendapatkan perkhidmatan terapi BEKAM SUNNAH PERUBATAN WAHYU. 

Di atas penelitian saya terhadap penerimaan warga MELAKA terhadap terapi BEKAM SUNNAH ini, bukan semua yang berani untuk berbekam dan pelbagai tanggapan negatif terhadap perubatan wahyu ini. 

Ramai yang saya temui dan berbicara tentang BEKAM SUNNAH, dalam minda mereka satu perkara yang amat menyakitkan dan mengerikan. Apabila saya tanyakan kepada mereka ramai yang belum pernah berbekam. 


Hari ini (Sabtu 8/2/2014) seorang saudara Islam kita, M Zakry Chan atau nama lama beliau Chan Chin Teck telah berbekam buat kali keduanya bersama Al-Hijamah Melaka. Setelah merasa kesegaran dan kesan positif terhadap tubuhnya apabila berbekam, mendorong beliau untuk berbekam lagi. 




Inilah namanya hidayah Allah SWT, yang mana diberikan kepada meraka yang YAKIN dan PERCAYA terhadap perubatan wahyu yang menjadi amalan Rasulullah SAW. Saya memohon kepada Allah SWT agar lebih ramai lagi yang akan berbalik dan mengamalkan BEKAM SUNNAH PERUBATAN WAHYU secara konsisten sebagai satu pencegahan terhadap pemyakit yang lebih kronik. Mencegah lebih baik dari mengubati...AMin


Comments

Popular posts from this blog

ANGIN AHMAR / STROK

  Apa itu strok/angin ahmar? Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota. Strok/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal. Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar.Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut. Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada strok/angin ahmar? Faktor risiko penyumbang...

CARA MINUM MADU SEBAGAI PENAWAR PENYAKIT

Selama ini, tujuan makan madu selain nak sihat tentu-tentulah nak sembuhkan penyakit. Tapi kenapa walau dah habis berbotol madu, sakitnya masih ada.. tak jadi ubat. Rupanya cara minum madu itu yang salah. Dr Hisham bin Hashim, seorang herbalis dan gemologis memaklumkan petua bukan sekadar apa yang difikirkan sebagai tinggalan orang dulu-dulu. Petua itu sebenarnya adalah daripada Rasulullah SAW. Mengamalkan pemakanan sunnah sepatutnya memberi kesan yang cukup baik. Antara makanan sunnah adalah habbatus sauda, madu lebah dan minyak zaitun. Tapi mengapa pemakanan yang disebutkan dalam al Quran mahupun hadis dengan kesan penyembuhan ini tetap tidak memberi kesan penyembuhan dalam diri seseorang? Maka itu, perlunya petua dirujuk kembali. Kerana antara petua dan ilmu itu, petua juga sama penting. Andai ada ilmu yang banyak sekalipun, tanpa cara betul mengamalkan petua. Petua tetap tidak menjadi ubat. Madu lebah mempunyai kesan penyembuhan yang hebat. Yang mana lebah-lebah akan bekerja mengum...

EMAS SEBAGAI SIMPANAN KECEMASAN

 “Saya tidak berminat menyimpan emas. Saya sudah ada bisnes dan income yang selesa” Ini antara contoh penolakan yang saya terima. Penolakan ini biasanya akan terjadi apabila kita tidak faham dan tidak jelas tentang fungsi sebenar emas.  Salah satu fungsi emas adalah sebagai sebagai #backup Ketika kita perlukan duit. Kata pakar kewangan, kita mesti mempunyai dana kecemasan 6 bulan hingga 12 bulan pendapatan sebagai #backup kita. Maksudnya samada kita berniaga atau bekerja, kita perlu berusaha untuk capai dana kecemasan sebanyak itu. • Jika pendapatan kita sebanyak RM2,000 kita mesti memiliki RM12,000 sebagai dana kecemasan. • Jika pendapatan kita sebanyak RM4,000 kita mesti memiliki RM24,000 sebagai dana kecemasan. • Jika pendapatan kita sebanyak RM6,000 kita mesti memiliki RM36,000 sebagai dana kecemasan. • Jika pendapatan kita sebanyak RM8,000 kita mesti memiliki RM48,000 sebagai dana kecemasan. Seandainya kita “ngeri” melihat nombor-nombor itu bermaksud fikiran kita belum b...