Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT segalanya dipermudahkan hari ini apabila saya selesai memberi perkhidmatan terapi BEKAM SUNNAH kepada pelanggan yang bermula pada pukul 230pm hingga 430pm hari ini (Khamis 6/2/14).
Terima kasih saya ucapkan kepada Saudara A dari Teluk Mas kerana hari telah menjalani BEKAM SUNNAH buat pertama kalinya bersama Al-Hijamah Melaka.
Walaupun pada peringkat permulaan pelbagai persoalan diajukan kepada saya terutamanya soalan, sakitkah bekam ini?
Tetapi apabila setelah selesai menjalani terapi BEKAM SUNNAH, saya bertanya kepada beliau pula adakah sakit bekam ini? Beliau menjawab "geli-geli sahaja".
Ternyata apabila kita mengamalkan sunnah Rasulullah SAW segalanya dipermudahkan, semoga Allah SWT memberi kesembuhan kepada yang beramal dengannya...AMin.
Comments
Post a Comment