Skip to main content

BERBEKAM ATAS PILIHAN ALLAH SWT

Yang berani untuk berbekam, hanya pilihan Allah SWT sahaja... 

Iblis, syaitan, dan jin akan masuk melalui darah manusia untuk merosakkan jasmani dan rohani anak Adam.

Apabila sudah sebati dalam tubuh seseorang itu, maka untuk membuangnya adalah satu perkara yang amat susah dan pelbagai alasan diberikan oleh sang manusia. 

Iblis, syaitan, dan jin yang bersarang dalam tubuh manusia itu tadi akan menghasut sang manusia agar dirinya akan terus berada dalam tubuh. 


Iblis, syaitan, dan jin mengalir dalam tubuh manusia melalui aliran darah hingga membisik hati dan dada, mengganggu dengan sesuatu yang melalaikan orang itu dari amal soleh, sehingga melupakannya pekerjaan apa yang dilakukannya dan apa yang hendak dikerjakannya, orang itu tidak tahu di mana Jin itu dan mengapa hal itu terjadi.

Dari Shafiah binti Huyai, isteri Rasulullah SAW, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya syaitan itu mengalir pada anak Adam di tempat aliran darah." (HR. Bukhari)

 


Apabila sebut sahaja AL-HIJAMAH atau dikenali BEKAM SUNNNAH, sang manusia yang bersarangkan Iblis, syaitan, dan jin akan memberi seribu satu alasan untuk berbekam. 

Yang sudah buat temujanji dan apabila tiba masanya, sms tidak berbalas dan bila hubungi sudah tidak berjawab lagi. 

Kebanyakkan yang datang untuk bekam adalah yang diberikan hidayah oleh ALLAH swt sahaja untuk kesembuhan jasmani dan rohani untuk kita lebih dekat dengan Zat Allah Maha Agong...

Comments

Popular posts from this blog

ANGIN AHMAR / STROK

  Apa itu strok/angin ahmar? Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota. Strok/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal. Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar.Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut. Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada strok/angin ahmar? Faktor risiko penyumbang...

BEKAM SIHIR

SEJARAH rawatan berbekam yang dimulakan sejak ribuan tahun dahulu sering dikaitkan sebagai kaedah terbaik untuk mengeluarkan darah kotor yang menjadi punca pelbagai penyakit. Hari ini, berbekam semakin popular kerana manfaatnya didakwa berkesan membantu mengurangkan bisa penyakit gout, migrain dan sakit belakang. Terbaru, kaedah rawatan Islam ini dikatakan berupaya menangani gangguan sihir. Menurut perawat bekam di Pusat Terapi Syifa, Ahmad Husin, 36, bekam sihir boleh dilakukan di semua titik yang dipanggil Thibbun Nabawi. Selain itu, bekam juga boleh dilakukan di titik sendi badan. "Fungsi berbekam jenis ini ialah untuk mengeluarkan endapan sihir atau darah kotor akibat gangguan jin yang bergerak melalui saluran darah manusia. "Untuk mengatasi gangguan sihir, bahagian yang wajib dibekam ialah kepala dan tengkuk. Bahagian tubuh yang lain dibekam mengikut keperluan, bergantung pada jenis sihir. "Berdasarkan pengalaman saya, pesakit yang menghidap sihir k...

EMAS SEBAGAI SIMPANAN KECEMASAN

 “Saya tidak berminat menyimpan emas. Saya sudah ada bisnes dan income yang selesa” Ini antara contoh penolakan yang saya terima. Penolakan ini biasanya akan terjadi apabila kita tidak faham dan tidak jelas tentang fungsi sebenar emas.  Salah satu fungsi emas adalah sebagai sebagai #backup Ketika kita perlukan duit. Kata pakar kewangan, kita mesti mempunyai dana kecemasan 6 bulan hingga 12 bulan pendapatan sebagai #backup kita. Maksudnya samada kita berniaga atau bekerja, kita perlu berusaha untuk capai dana kecemasan sebanyak itu. • Jika pendapatan kita sebanyak RM2,000 kita mesti memiliki RM12,000 sebagai dana kecemasan. • Jika pendapatan kita sebanyak RM4,000 kita mesti memiliki RM24,000 sebagai dana kecemasan. • Jika pendapatan kita sebanyak RM6,000 kita mesti memiliki RM36,000 sebagai dana kecemasan. • Jika pendapatan kita sebanyak RM8,000 kita mesti memiliki RM48,000 sebagai dana kecemasan. Seandainya kita “ngeri” melihat nombor-nombor itu bermaksud fikiran kita belum b...