Skip to main content

EMAS SEBAGAI SIMPANAN KECEMASAN



 “Saya tidak berminat menyimpan emas. Saya sudah ada bisnes dan income yang selesa”

Ini antara contoh penolakan yang saya terima. Penolakan ini biasanya akan terjadi apabila kita tidak faham dan tidak jelas tentang fungsi sebenar emas. 

Salah satu fungsi emas adalah sebagai sebagai #backup Ketika kita perlukan duit.

Kata pakar kewangan, kita mesti mempunyai dana kecemasan 6 bulan hingga 12 bulan pendapatan sebagai #backup kita. Maksudnya samada kita berniaga atau bekerja, kita perlu berusaha untuk capai dana kecemasan sebanyak itu.


• Jika pendapatan kita sebanyak RM2,000 kita mesti memiliki RM12,000 sebagai dana kecemasan.

• Jika pendapatan kita sebanyak RM4,000 kita mesti memiliki RM24,000 sebagai dana kecemasan.

• Jika pendapatan kita sebanyak RM6,000 kita mesti memiliki RM36,000 sebagai dana kecemasan.

• Jika pendapatan kita sebanyak RM8,000 kita mesti memiliki RM48,000 sebagai dana kecemasan.


Seandainya kita “ngeri” melihat nombor-nombor itu bermaksud fikiran kita belum bersedia pun dalam membina dana kecemasan. Dana kecemasan tersebut adalah garis panduan yang dikeluarkan oleh pakar kewangan.

Jika kita belum pun berjaya menyimpan RM12,000  atau RM24,000 atau RM36,000 atau 48,000 , kita sebenarnya ada pilihan lain. Mungkin selama ini kita telah cuba menyimpan tetapi kaedah yang kita guna pakai itu sering menyebabkan kebocoran simpanan tersebut

Apa kata kita cuba kaedah lain untuk berjaya capai simpanan dana kecemasan itu. Kita alihkan duit kepada emas

Ya dengan cara ini kita bekukan duit daripada #terguna dan #terbelanja

Benar dana kecemasan perlu dalam bentuk tunai tetapi seandainya kita masih belum berjaya menyimpan dan masih berpegang kepada cakap-cakap orang, bila kita nak dapat capai simpan itu?

• Nilai RM12,000 = Kita boleh fokus kepada 50gram emas.

• Nilai RM24,000 = Kita boleh fokus kepada 100gram emas.

• Nilai RM36,000 = Kita boleh fokus kepada 150gram emas.

• Nilai RM48,000 = Kita boleh fokus kepada 200 gram emas.

Kita ambil contoh 50gram, nak capai duit RM12,000 memang susah tetapi nak capai 50gram sangat mudah jika kita tahu caranya.

• Jika kita konsisten simpan 1gram, kita perlu simpan sebanyak 50kali.

• Jika kita konsisten simpan 2gram, kita perlu simpan sebanyak 25kali.

• Jika kita konsisten simpan 3gram, kita perlu simpan sebanyak 17kali.

• Jika kita konsisten simpan 4gram, kita perlu simpan sebanyak 13kali.

Lebih jelas bukan??

Jangan bertangguh, teruskan mula menyimpan emas walaupun sekecil 1gram. Sekecil 1gram adalah permulaan kita capai 1kilo. 🥳🥳🥳

Comments

Popular posts from this blog

ANGIN AHMAR / STROK

  Apa itu strok/angin ahmar? Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota. Strok/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal. Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar.Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut. Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada strok/angin ahmar? Faktor risiko penyumbang...

BEKAM SIHIR

SEJARAH rawatan berbekam yang dimulakan sejak ribuan tahun dahulu sering dikaitkan sebagai kaedah terbaik untuk mengeluarkan darah kotor yang menjadi punca pelbagai penyakit. Hari ini, berbekam semakin popular kerana manfaatnya didakwa berkesan membantu mengurangkan bisa penyakit gout, migrain dan sakit belakang. Terbaru, kaedah rawatan Islam ini dikatakan berupaya menangani gangguan sihir. Menurut perawat bekam di Pusat Terapi Syifa, Ahmad Husin, 36, bekam sihir boleh dilakukan di semua titik yang dipanggil Thibbun Nabawi. Selain itu, bekam juga boleh dilakukan di titik sendi badan. "Fungsi berbekam jenis ini ialah untuk mengeluarkan endapan sihir atau darah kotor akibat gangguan jin yang bergerak melalui saluran darah manusia. "Untuk mengatasi gangguan sihir, bahagian yang wajib dibekam ialah kepala dan tengkuk. Bahagian tubuh yang lain dibekam mengikut keperluan, bergantung pada jenis sihir. "Berdasarkan pengalaman saya, pesakit yang menghidap sihir k...