- Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? Jawapan: Proses dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Proses ini akan bermula menyingkirkan oksidan yang telah lama terkumpul di dalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran oksidan badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuat anda rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan. - Soalan: Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengamalkan BEKAM SUNNAH? Jawapan: Selepas mengamalkan BEKAM SUNNAH, ia akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses PEMBERSIHAN dan PENYINGKIRAN OKSIDAN dalam badan anda yang telah lama terkumpul. Proses ini terjadi untuk menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru....
"Bekam Sunnah, Perubatan Wahyu"