Skip to main content

BERHUKUM DENGAN NABI SAW


ARTIKEL kali ini masih lagi berkaitan dengan berhukum kepada Rasulullah SAW dalam semua aspek kehidupan kerana petunjuk Nabawi adalah sebaik-baik petunjuk. 

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan juga keluarga baginda.

Antara syarat mengzahirkan cinta kepada Allah SWT hendaklah mengikut Baginda SAW. 

Hal ini selaras dengan firman Allah SWT y ang bermaksud: Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya. (al-Nisa’: 65)

Sayyid Qutub berkata: “Di sini sekali lagi kita dapati, diri kita berada di hadapan syarat keimanan dan batas keIslaman yang dijelaskan oleh Allah SWT sendiri yang bersumpah dengan zat-Nya dan selepas penjelasan ini tiada lagi ruang bagi sesiapa untuk memberi sesuatu pendapat atau takwilan dalam menentukan syarat keimanan dan batas keIslaman, kecuali pendapat yang mangatakan bahawa tujuan ini adalah bergantung dengan satu azam yang tertentu sahaja dan terbatas satu kumpulan manusia sahaja.

Inilah pendapat mereka yang tidak memahami sedikit pun tentang Islam dan tidak memahami sedikit pun tentang pengungkapan al-Quran, sedangkan hakikat yang diterangkan oleh ayat ini adalah salah satu daripada hakikat-hakikat kulli/semesta Islam.

Ia diungkapkan dalam bentuk sumpah yang kuat dan bebas daripada segala ikatan dan di sana tiada ruang untuk memberi tanggapan yang salah bahawa tujuan berhakimkan kepada Rasulullah SAW ialah berhakimkan kepada peribadi beliau sendiri.

Golongan murtad

Malah tujuannya yang sebenar ialah berhakimkan kepada syariatnya dan sunnahnya. Jika tidak, maka syariat Allah SWT dan sunnah Rasul-Nya tiada lagi tempat selepas kewafatan Nabi SAW. Pendapat yang seperti ini pernah dikeluarkan oleh golongan murtad yang paling degil di zaman Khalifah Abu Bakar r.a.

Beliau telah memerangi mereka dengan peperangan yang dilancarkan ke atas orang-orang yang murtad, malah beliau telah memerangi mereka kerana perkara yang jauh lebih kecil daripada itu lagi, iaitu semata-mata kerana mereka enggan taat kepada Allah dan Rasul-Nya dalam hukum zakat dan tidak mahu menerima hukum zakat yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW selepas kewafatan baginda.

Dan andainya cukup untuk membuktikan ‘keIslaman’ apabila ramai orang Islam berhakimkan kepada syariat Allah SWT dan hukum-hukum Rasul-Nya, tetapi ia tidak cukup untuk membuktikan ‘keimanan’ selama tidak disertai dengan kerelaan dan penerimaan hati yang ikhlas dan penyerahan dengan penuh keyakinan.

Inilah keIslaman dan keimanan yang sebenar. Oleh itu, setiap Muslim hendaklah melihat di mana kedudukan dirinya daripada segi Islam dan di mana kedudukan dirinya daripada sudut iman sebelum dia membuat dakwaan tentang keagamaan Islam dan keimanan.

SUMBER: UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

ANGIN AHMAR / STROK

  Apa itu strok/angin ahmar? Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota. Strok/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal. Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar.Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut. Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada strok/angin ahmar? Faktor risiko penyumbang...

BEKAM SIHIR

SEJARAH rawatan berbekam yang dimulakan sejak ribuan tahun dahulu sering dikaitkan sebagai kaedah terbaik untuk mengeluarkan darah kotor yang menjadi punca pelbagai penyakit. Hari ini, berbekam semakin popular kerana manfaatnya didakwa berkesan membantu mengurangkan bisa penyakit gout, migrain dan sakit belakang. Terbaru, kaedah rawatan Islam ini dikatakan berupaya menangani gangguan sihir. Menurut perawat bekam di Pusat Terapi Syifa, Ahmad Husin, 36, bekam sihir boleh dilakukan di semua titik yang dipanggil Thibbun Nabawi. Selain itu, bekam juga boleh dilakukan di titik sendi badan. "Fungsi berbekam jenis ini ialah untuk mengeluarkan endapan sihir atau darah kotor akibat gangguan jin yang bergerak melalui saluran darah manusia. "Untuk mengatasi gangguan sihir, bahagian yang wajib dibekam ialah kepala dan tengkuk. Bahagian tubuh yang lain dibekam mengikut keperluan, bergantung pada jenis sihir. "Berdasarkan pengalaman saya, pesakit yang menghidap sihir k...

EMAS SEBAGAI SIMPANAN KECEMASAN

 “Saya tidak berminat menyimpan emas. Saya sudah ada bisnes dan income yang selesa” Ini antara contoh penolakan yang saya terima. Penolakan ini biasanya akan terjadi apabila kita tidak faham dan tidak jelas tentang fungsi sebenar emas.  Salah satu fungsi emas adalah sebagai sebagai #backup Ketika kita perlukan duit. Kata pakar kewangan, kita mesti mempunyai dana kecemasan 6 bulan hingga 12 bulan pendapatan sebagai #backup kita. Maksudnya samada kita berniaga atau bekerja, kita perlu berusaha untuk capai dana kecemasan sebanyak itu. • Jika pendapatan kita sebanyak RM2,000 kita mesti memiliki RM12,000 sebagai dana kecemasan. • Jika pendapatan kita sebanyak RM4,000 kita mesti memiliki RM24,000 sebagai dana kecemasan. • Jika pendapatan kita sebanyak RM6,000 kita mesti memiliki RM36,000 sebagai dana kecemasan. • Jika pendapatan kita sebanyak RM8,000 kita mesti memiliki RM48,000 sebagai dana kecemasan. Seandainya kita “ngeri” melihat nombor-nombor itu bermaksud fikiran kita belum b...