Skip to main content

AHLUL BAIT HIDUPKAN BEKAM SUNNAH

Alhamdulillah dengan kehendak Allah SWT hari ini saya baru selesai memberi perkhidmatan terapi BEKAM SUNNAH kepada seorang Ahlul Bait (Keturunan Rasulullah SAW). 

Saudara Syed Z dari Bukit Baru, Melaka yang selama ini membaca kitab-kitab mengenai amalan BEKAM Rasulullah SAW dan ingin benar mengamalkan sunnah hebat ini. 



Hari ini apabila bersama-sama rakannya bersarapan pagi, beliau menanyakan rakannya di manakah hendak berbekam di Melaka? 

Dengan izin Allah SWT seorang India yang berada di situ telah memberi tahu beliau, bahawa ada perkhidmatan terapi BEKAM berhadapan Masjid Pengkalan Rama,Melaka. 


Inilah kehebatan Allah SWT, apabila seorang hambanya yang diberikan hidayah dan hendak berkehendak mengamalkan sunnah kekasihnya. Allah SWT akan mempermudahkan dan memperkenankan doanya. 

Beliau memaklumkan kepada saya, dengan izin Allah SWT, bulan hadapan di akan berbekam lagi dan amalan sunnah ini akan diamalkan secara konsisten. 


Saya doakan agar beliau mendapat Rahmat dari Allah SWT dan kesembuhan dari segala penyakit dengan mengamalkan BEKAM SUNNAH. ini..AMin.

 

Comments

Popular posts from this blog

5 MANFAAT BEKAM DI KEPALA MENURUT HADIS RASULULLAH SAW

1. Menguatkan Hafalan Hadis Riwayat Ibnu Umar Ra “Berbekam pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat, serta menambah kekuatan akal dan hafalan..”(At-Thibb,3478). Kata guruku, untuk kekuatan minda & hafalan, berbekamlah pada hari Isnin pagi selepas Israk, sebulan sekali atau 40 hari sekali. Selalu berbekam di kepala akan terhindar daripada penyakit strok. 2. Mencerdaskan Kecerdasan berhubung kait dengan ketenangan dalam belajar. Anak yang lemah dalam pelajaran biasanya terlalu aktif, hiperaktif atau terlalu malas. Penyakit anak ini hubungannya lebih banyak ke mental, kurangnya perihatin emak ayah, kerana was-was, penyakit yang dihembus syaitan. Maka bekam adalah salah satu cara menyelesaikan masalah tersebut. 3. Menajamkan Penglihatan Mata Jika melakukan Bekam Kepala, maka secara langsung akan mempengaruhi organ yang dekat dengan kepala, misalnya mata, telinga dan lain-lain. Manfaat menajamkan mata, jelas bagi pende

BEKAM SIHIR

SEJARAH rawatan berbekam yang dimulakan sejak ribuan tahun dahulu sering dikaitkan sebagai kaedah terbaik untuk mengeluarkan darah kotor yang menjadi punca pelbagai penyakit. Hari ini, berbekam semakin popular kerana manfaatnya didakwa berkesan membantu mengurangkan bisa penyakit gout, migrain dan sakit belakang. Terbaru, kaedah rawatan Islam ini dikatakan berupaya menangani gangguan sihir. Menurut perawat bekam di Pusat Terapi Syifa, Ahmad Husin, 36, bekam sihir boleh dilakukan di semua titik yang dipanggil Thibbun Nabawi. Selain itu, bekam juga boleh dilakukan di titik sendi badan. "Fungsi berbekam jenis ini ialah untuk mengeluarkan endapan sihir atau darah kotor akibat gangguan jin yang bergerak melalui saluran darah manusia. "Untuk mengatasi gangguan sihir, bahagian yang wajib dibekam ialah kepala dan tengkuk. Bahagian tubuh yang lain dibekam mengikut keperluan, bergantung pada jenis sihir. "Berdasarkan pengalaman saya, pesakit yang menghidap sihir k

KRISIS PENYEMBUHAN (HEALING CRISIS) SELEPAS AMALKAN BEKAM SUNNAH...

- Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? Jawapan: Proses dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Proses ini akan bermula menyingkirkan oksidan yang telah lama terkumpul di dalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran oksidan badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuat anda rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan. - Soalan: Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengamalkan BEKAM SUNNAH? Jawapan: Selepas mengamalkan BEKAM SUNNAH, ia akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses PEMBERSIHAN dan PENYINGKIRAN OKSIDAN dalam badan anda yang telah lama terkumpul. Proses ini terjadi untuk  menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru.  Sebag