Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

TELAH NYATA KEBENARAN ISLAM

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabnya. (Ali-Imran: 19) Di tengah-tengah senario umat Islam dituduh sebagai pengganas, dinafikan hak mereka di bumi sendiri, dimalukan dengan insiden-insiden yang tidak langsung memahami sensitiviti masyarakat Islam, namun siapa sangka agama Islam itu semakin mendapat perhatian penduduk dunia. Malah, kalau sebelum ini agama Kristian dikatakan menduduki tangga teratas sebagai penganut teramai, kini fakta itu telah berubah. Yang dibenci itulah yang kini sedang dicari-c

MENCARI KEBERKATAN REZEKI

PERKARA penting dalam mencari rezeki bukannya berapa banyak yang kita peroleh tetapi sebaliknya, ada atau tidak keberkatan di dalam rezeki itu. Rezeki melimpah-ruah tidak sama konsepnya dengan rezeki yang halal dan berkat. Ada orang mempunyai rezeki yang banyak tetapi sayangnya di dalamnya tidak terdapat unsur keberkatan. Di dalam Islam, keberkatan rezeki yang diinginkan adalah bermaksud rezeki yang bertambah dan mengandungi kebaikan di dalamnya. Rasulullah SAW telah menggariskan beberapa cara agar rezeki menjadi lancar, berkat dan halal. Antaranya; 1 Menjauhi pekerjaan haram dan subahat Setiap orang hendaklah taat kepada Allah SWT dan tidak melakukan dosa kerana dosa akan menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (riwayat at-Tirmizi). Selain itu, dekatkanlah diri kepada Allah dengan ibadah tambahan seperti solat Dhuha dan

10 CIRI MUSLIM UNGGUL

10 ciri Muslim unggul yang dibahaskan oleh para ulama, khususnya Hassan Al Banna. Ciri ciri tersebut ialah: 1 Salimul akidah - akidah yang bersih merupakan seuatu yang mesti sebati di dalam jiwa Muslim. Dengan akidah yang bersih seorang Muslim dapat menghindarkan dirinya daripada memperhambakan diri kepada makhluk kepada mengubudiahkan dirinya kepada Penciptanya. Memiliki akidah yang bersih amat penting sebagai asas pembinaan jati diri seseorang Muslim. 2 Sahihul ibadah - ibadah yang benar juga amatlah penting kerana ia merupakan perintah Allah dan RasulNya. Malah terdapat pelbagai hikmah dan kelebihan yang ada di dalam ibadah yang masih belum dapat dirungkaikan oleh sains dan teknologi. 3 Matinul khuluq - akhlak yang mantap. Sifat ini perlu disemai di dalam setiap diri Muslim dalam hubungan antara manusia ataupun dengan makhluk yang lain. 4 Qawiyul Jismi - kekuatan jasmani mengkehendaki seorang Muslim melaksanakan ajaran Islam secara optimum denga

BERHUKUM DENGAN NABI SAW

ARTIKEL kali ini masih lagi berkaitan dengan berhukum kepada Rasulullah SAW dalam semua aspek kehidupan kerana petunjuk Nabawi adalah sebaik-baik petunjuk.  Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan juga keluarga baginda. Antara syarat mengzahirkan cinta kepada Allah SWT hendaklah mengikut Baginda SAW.  Hal ini selaras dengan firman Allah SWT y ang bermaksud: Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya. (al-Nisa’: 65) Sayyid Qutub berkata: “Di sini sekali lagi kita dapati, diri kita berada di hadapan syarat keimanan dan batas keIslaman yang dijelaskan oleh Allah SWT sendiri yang bersumpah dengan zat-Nya dan selepas penjelasan ini tiada lagi ruang bagi sesiapa untuk memberi sesuatu pendapat at

PENYAKIT MUSIM PANAS

Keletihan akibat kepanasan menyebabkan tubuh mula menjadi kering, pening dan mengalami kekejangan otot. - Gambar hiasan TIDAK kira sama ada musim sejuk atau panas, kedua-dua keadaan cuaca tersebut boleh memberi implikasi kepada tubuh badan sekiranya individu tidak memberi perhatian pada penjagaan yang sewajarnya. Sebagai contoh, cuaca panas atau kemaru yang melanda negara ketika ini menyebabkan ramai mengadu tidak selesa, selain peningkatan bagi kes demam, penyakit ruam mahupun penyakit-penyakit lain seperti batuk dan selesema yang memakan masa berhari-hari.  Perkara ini diakui perunding kesihatan dari Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur, Dr. Mat Rifin Jusoh yang ditemubual MEGA baru-baru ini. Dr. Mat Rifin berkata, kebanyakan penyakit yang sering terjadi pada musim panas adalah seperti ruam panas. Menurutnya, ruam panas sering terjadi bukan saja di kalangan bayi malah orang dewasa  dan warga emas juga. Keadaan tersebut berlaku apabila

BEKAM GUNA DUIT BRIM 2014

Terima kasih saya ucapkan kepada Saudara N dari Pulau Gadong, Melaka kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk berbekam bersama Al-Hijamah Melaka untuk kali keduanya...  Ternyata pada pertama kalinya, beliau berbekam kerana ingin mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dan untuk pencegahan dari penyakit kronik...  Kali ini saya tanya beliau, kenapa hendak bekam? Beliau menjawab sambil tersenyum "mantap abang"  Saya tanya apa yang mantap, dia balas "tenaga kelakianlah yang mantap abang...memang power"...  Saya jawab "Alhamdulillah, memang pun, kalau dah buang darah kotor semua jadi lancar, itu rezeki kamulah, syukurlah kepada ALLAH"  Inilah rahmah ALLAH SWT kepada umatnya yang mengamalkan sunnah kekasihNYA...  Duit BRIM 2014 pun sudah masuk dan beliau gunakan sebaiknya...memang rezeki orang yang hendak berkehendak...AMin.

AWAS PERANGKAP SYAITAN

FIRMAN Allah SWT: Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain daripada tipuan belaka. Mereka itu tempatnya Jahannam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya. (an-Nisa’: 120-121) Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitan dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah, sama ada kita sedar atau tidak, sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak di dalam diri kita. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.  Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah SWT kepada manusia pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi

CUACA PANAS TERBAIK UNTUK BERBEKAM

CUACA panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia dan boleh mengundang bahaya kepada kesihatan seperti serangan strok dan maut.  Mereka yang berisiko terjejas akibat cuaca panas adalah kumpulan yang terlibat dengan aktiviti luar seperti buruh, ahli sukan, pasukan keselamatan dan pihak berkuasa.  Golongan berusia 40 tahun ke atas, kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kalenjar tiroid juga termasuk dalam kategori itu.  Remaja lelaki ataupun perempuan tidak terlepas daripada menghidap sakit kepala, keletihan, lemah tumpuan, pening, lemah otot dan muntah-muntah sekiranya memakai pakaian terlalu tebal atau ketat yang boleh menyebabkan haba terhalang untuk keluar daripada fabrik yang dipakai mereka.  Dengan mengamalkan BEKAM SUNNAH PERUBATAN WAHYU ketika cuaca panas ini dapat menghindari anda pelbagai masalah seperti pening kepala, kekejangan dan sebagainya.

5 ORANG ISLAM PATUT TAHU TENTANG KESIHATAN AL-QURAN

5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut: 1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk. 2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). 3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan. 4. Dalam kitab juga ada

BERBEKAM DENGAN HIDAYAH ALLAH SWT

Assalamualaikum WBT... Selawat dan salam kepada Nur Muhammad kekasih Zat Allah Maha Agong... Syukur di atas segala nikmat yang telah diberikan olehmu... Alhamdulillah kini warga Melaka mula mengenali dan meneliti tentang ilmu BEKAM SUNNAH. Saya telah menerima banyak panggilan telefon dan SMS bertanyakan tentang PERUBATAN WAHYU ini... Semalam sebelum solat Jumaat, seorang hamba Allah, Saudara R dari Limbongan, Melaka telah menanyakan tentang BEKAM SUNNAH dan berhajat untuk mencuba buat kali pertamanya... Selepas memberikan penerangan serba ringkas melalui PM Facebook, beliau bersetuju untuk mendapatkan perkhidmatan saya. Alhamdulillah segala gerak dan nafas turun naik adalah dalam ilmuNYA. Saudara R telah menjalani terapi BEKAM SUNNAH dan ternyata keberkesanannya serta merta... Saya doakan agar beliau dapat mengamalkan sunnah hebat ini secara konsisten untuk tahap kesihatan yang terbaik...AMin

HAJAT BERBEKAM SEBELUM KE TANAH SUCI

Assalamualaikum... Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana semakin ramai anak muda sudah kembali kepada perubatan wahyu ini... Semalam (Selasa 18/2/2014) saya telah menerima panggilan pada pukul 11 malam dari seorang sahabat yang memaklumkan kepada saya bahawa rakannya ingin menunaikan umrah dan berhajat untuk berbekam... Alhamdulillah dengan keizinan daripada Allah SWT kerana memberi saya kudrat dan iradatNya untuk melaksanakan tanggungjawab ini... Saya bersyukur kerana apabila selesai menjalani terapi BEKAM SUNNAH, Saudara Izzuddin dari Kandang, Melaka memberitahu saya, badannya rasa segar dan ringan serta merta.. Inilah keajaiban daripada PERUBATAN WAHYU yang disarankan oleh Malaikat kepada Rasulullah SAW, agar umatnya mengamalkan BEKAM SUNNAH ini...

DIDIK ANAK CARA RASULULLAH

Cerita pasangan suami isteri yang ditahan pihak berkuasa Sweden masih hangat diperkatakan. Hujung minggu lalu, keempat-empat anak mereka selamat sampai di Malaysia dan bakal memulakan persekolahan di tanah air sendiri. Namun, berita yang kurang enak didengar adalah peluang ibu bapa mereka untuk bebas daripada pertuduhan mendera anak yang dikatakan agak tipis oleh sumber yang boleh dipercayai di sana.  Tidak diketahui sejauh mana ‘penderaan’ yang dilakukan oleh pasangan ini sehingga dikenakan pertuduhan sebegitu rupa. Namun, apa yang cuba saya kongsikan di dalam artikel kali ini adalah kaedah mendidik anak mengikut garis panduan Islam. Mungkin ia kelihatan sedikit ‘terkebelakang’ jika mahu dibandingkan dengan pelbagai kaedah moden yang wujud pada zaman ini untuk mendidik anak. Tapi saya percaya sebagai orang Islam, cara yang diunjurkan Nabi SAW ini adalah sebenarnya yang terbaik untuk kita amalkan.  1) Umur anak-anak sejak lahir hingga enam