Skip to main content

HAMPIR PENGSAN DI RUMAH SIHAT

PELUH dingin mula membasahi tubuh. Kepala menjadi semakin berat. Perut pula memulas sehingga terasakan bagaikan mahu membuang air besar dan muntah.

Namun tiada apa yang dapat dilakukan
penulis. Tubuh ketika itu kaku kaku manakala semua anggota badan tidak mampu untuk digerakkan. Penulis yang ketika itu sedang duduk, tiba-tiba badan rasa terhuyung-hayang dan hampir rebah. Ketika itu dua orang pemuda memapah penulis dan memberitahu supaya penulis meniarap di atas katil yang disediakan.

Setelah beberapa minit meniarap, keadaan penulis kembali stabil. Ketika itu bekam yang dipasang di seluruh bahagian belakang badan hingga ke tengkuk telah siap ditanggalkan.
Bagi menstabilkan sistem penghadaman, bekam membuang angin dilakukan bahagian perut dan memang cukup ajaib. Rasa tidak selesa hampir menyebabkan pengsan itu hilang begitu sahaja.

Begitulah pengalaman penulis mencuba sendiri rawatan bekam di Bekasi Barat dekat Jakarta. 

Indonesia memang terkenal dengan pelbagai perubatan alternatif. Sebelum ini penulis pernah cuba minum darah ular tedung yang juga ubat tradisional popular. Tetapi pengalaman menjalani rawatan bekam lebih mengerikan, namun ia cukup berbaloi.

Idea untuk mencuba perubatan tradisional itu timbul apabila seorang rakan menceritakan keberkesanan rawatan tersebut untuk membuang toksik di dalam badan. Rakan itu melakukan rawatan itu melakukan berbekam sekali setiap bulan.

Lebih meyakinkan lagi rawatan bekam itu dilakukan oleh sekumpulan ustaz. Terdapat juga anak-anak muda yang dididik dengan pendidikan Islam. Pada masa yang sama mereka mendalami kemahiran perubatan tradisional yang mungkin semakin berkurangan di Malaysia.

Di Indonesia hospital dipanggil ‘rumah sakit’, namun uniknya tempat bekam berkenaan dikenali sebagai ‘rumah sihat’. Rumah Sihat Terapi Holistik Yayasan Ath-Thibbun Nabawi, begitulah nama pusat rawatan tersebut. Nama rumah sihat itu sedikit sebanyak memberi kesan psikologi kepada pesakit yang datang mendapatkan rawatan.

Sebelum menjalani bekam seorang pakar akan memeriksa mata pesakit dengan cara mengambil gambar mata. Daripada mata dapat dikesan penyakit yang dialami.

Memang cukup mengkagumkan. Hanya dengan menganalisis urat mata, pakar berkenaan dapat mengesan masalah yang dihadapi pesakit, termasuklah gastrik yang dialami penulis.
Setelah selesai pemeriksaan mata dan penyakit dikenal pasti, pesakit akan dicadangkan ubat-ubat tertentu yang semuanya adalah bahan-bahan ramuan herba dan ia tidak wajib dibeli.

Cukuplah penulis katakan kesannya memang menakjubkan. Sakit yang dialami hilang begitu sahaja. Rawatan tersebut dikatakan berkesan terutamanya bagi sakit kepala, sakit tengkuk dan pinggang yang sering dialami oleh mereka yang bekerja dalam keadaan duduk yang lama.

Pengalaman yang dilalui penulis tidak seburuk yang disangkakan kerana menurut Rikzi iaitu pemuda yang melakukan bekam ke atas penulis, terdapat pesakit yang pengsan dan terlentang ketika rawatan berjalan.

Istilah bekam sebenarnya adalah dalam bahasa Melayu. Di Indonesia kaedah perubatan itu juga dikenali sebagai kop atau cantuk iaitu bertujuan membuang darah kotor dari dalam tubuh melalui permukaan kulit.

Jika dahulu kulit dihiris menggunakan pisau cukur sebelum ditekap dengan tanduk dan kemudian dibakar bahagian hujungnya bagi menimbulkan kesan vakum, tetapi dengan kaedah moden, cawan plastik digunakan dan penyedutan pula menggunakan pam angin. Sementara luka pada kulit pula menggunakan jarum yang bersih dan telah disteril.

Bekam merupakan perubatan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW, sebagaimana dijelaskan dalam hadis Bukhari:

Daripada Ibnu Abbas r.a. Rasulullah bersabda: “Kesembuhan (ubat) itu ada pada tiga hal: dengan minum madu, pisau hijamah (bekam), dan dengan besi panas. Dan aku melarang umatku dengan besi panas.”

Tips untuk berbekam di Indonesia adalah memilih tempat bekam yang diiktiraf oleh Jabatan Kesihatan sebagaimana premis yang dikunjungi penulis.

Selain itu perlu dipastikan penggunaan alat bekam yang telah di steril untuk mengelak jangkitan kuman atau virus lain.

SUMBER: UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

BEKAM SIHIR

SEJARAH rawatan berbekam yang dimulakan sejak ribuan tahun dahulu sering dikaitkan sebagai kaedah terbaik untuk mengeluarkan darah kotor yang menjadi punca pelbagai penyakit. Hari ini, berbekam semakin popular kerana manfaatnya didakwa berkesan membantu mengurangkan bisa penyakit gout, migrain dan sakit belakang. Terbaru, kaedah rawatan Islam ini dikatakan berupaya menangani gangguan sihir. Menurut perawat bekam di Pusat Terapi Syifa, Ahmad Husin, 36, bekam sihir boleh dilakukan di semua titik yang dipanggil Thibbun Nabawi. Selain itu, bekam juga boleh dilakukan di titik sendi badan. "Fungsi berbekam jenis ini ialah untuk mengeluarkan endapan sihir atau darah kotor akibat gangguan jin yang bergerak melalui saluran darah manusia. "Untuk mengatasi gangguan sihir, bahagian yang wajib dibekam ialah kepala dan tengkuk. Bahagian tubuh yang lain dibekam mengikut keperluan, bergantung pada jenis sihir. "Berdasarkan pengalaman saya, pesakit yang menghidap sihir k

5 MANFAAT BEKAM DI KEPALA MENURUT HADIS RASULULLAH SAW

1. Menguatkan Hafalan Hadis Riwayat Ibnu Umar Ra “Berbekam pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat, serta menambah kekuatan akal dan hafalan..”(At-Thibb,3478). Kata guruku, untuk kekuatan minda & hafalan, berbekamlah pada hari Isnin pagi selepas Israk, sebulan sekali atau 40 hari sekali. Selalu berbekam di kepala akan terhindar daripada penyakit strok. 2. Mencerdaskan Kecerdasan berhubung kait dengan ketenangan dalam belajar. Anak yang lemah dalam pelajaran biasanya terlalu aktif, hiperaktif atau terlalu malas. Penyakit anak ini hubungannya lebih banyak ke mental, kurangnya perihatin emak ayah, kerana was-was, penyakit yang dihembus syaitan. Maka bekam adalah salah satu cara menyelesaikan masalah tersebut. 3. Menajamkan Penglihatan Mata Jika melakukan Bekam Kepala, maka secara langsung akan mempengaruhi organ yang dekat dengan kepala, misalnya mata, telinga dan lain-lain. Manfaat menajamkan mata, jelas bagi pende

KRISIS PENYEMBUHAN (HEALING CRISIS) SELEPAS AMALKAN BEKAM SUNNAH...

- Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? Jawapan: Proses dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Proses ini akan bermula menyingkirkan oksidan yang telah lama terkumpul di dalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran oksidan badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuat anda rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan. - Soalan: Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengamalkan BEKAM SUNNAH? Jawapan: Selepas mengamalkan BEKAM SUNNAH, ia akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses PEMBERSIHAN dan PENYINGKIRAN OKSIDAN dalam badan anda yang telah lama terkumpul. Proses ini terjadi untuk  menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru.  Sebag