Skip to main content

KRISIS PENYEMBUHAN (HEALING CRISIS) SELEPAS AMALKAN BEKAM SUNNAH...

- Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?

Jawapan:
Proses dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Proses ini akan bermula menyingkirkan oksidan yang telah lama terkumpul di dalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran oksidan badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuat anda rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan.

Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

- Soalan:
Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengamalkan BEKAM SUNNAH?

Jawapan:
Selepas mengamalkan BEKAM SUNNAH, ia akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses PEMBERSIHAN dan PENYINGKIRAN OKSIDAN dalam badan anda yang telah lama terkumpul. Proses ini terjadi untuk 
menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru. 

Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

- Soalan:
Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?

Jawapan:
Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan terapi BEKAM SUNNAH yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang simpton mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. 

Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat seperti mana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

- Soalan:
Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simptom yang sama semasa kritis penyembuhan?

Jawapan: 
Setiap orang adalah berbeza. Bergantung kepada faktor umur dan tahap kesihatan masing-masing.

1. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka menjalani terapi BEKAM SUNNAH.
2. Sesetengah individu pula akan mengalami krisis penyembuhan selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza lebih banyak oksidan dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

- Soalan:
Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

Jawapan:
Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. Ia mungkin mengambil masa sehingga 1 minggu atau mungkin berbulan lamanya.

- Soalan:
Ramai orang bertambah baik selepas menjalani terapi BEKAM SUNNAH tetapi saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

Jawapan:
Secara umumnya, selepas 1-2 bulan menjalani terapi BEKAM SUNNAH anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (contohnya: Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, tahap kesihatan semakin baik dan sekarang keseluruhan badan bertambah sihat)

Sekiranya tiada sebarang perubahan pada tubuh badan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti berikut:

1) Kurang minum air - disarankan minum air putih 3 hingga 4 liter sehari.
2) Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengamalkan terapi BEKAM SUNNAH.
3) Mengamalkan pemakanan seharian yang tidak sihat dan sempurna.
4) Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum minuman berakhohol dan minuman bergas.
5) Tidur lewat malam (kurang tidur)
6) Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh.
7) Mengalami keadaan yang kronikyang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan.
8) Mengalami masalah emosi.

- Soalan:
Bagaimana cara untuk mengurangkan kesan krisis penyembuhan?

Jawapan:
Seperti sebuah tangki yang kotor, apabila nak kurangkan nampak kotor kelodak dan karat yang keluar, kita alirkan air yang banyak agar ia cair. Begitulah juga dengan krisis penyembuhan. Perlu minum air yang banyak supaya kesan krisis penyembuhan dapat diatasi.

Jangan risau sekiranya anda mengalami krisis penyembuhan. Ia bukan satu petanda ketidakserasian atau badan anda tidak sesuai dengan terapi BEKAM SUNNAH malah ia adalah petanda yang bagus untuk tubuh badan kita.

- Soalan:
Adakah perlu berhenti mengamalkan BEKAM SUNNAH apabila berlakunya Krisis penyembuhan?

Jawapan:
Tidak. Anda perlu meneruskan dan krisis penyembuhan itu akan berhenti secara perlahan sehingga segala oksidan di dalam badan anda disingkirkan.

Amalan BEKAM SUNNAH perlu diteruskan sampai bila-bila kerana badan kita sentiasa perlu mengeluarkan radikal bebas @ oksidan dari tubuh, yang mana kita terdedah dengannya 24 jam.

TANDA-TANDA DAN PENYEBAB KRISIS PENYEMBUHAN

Comments

Popular posts from this blog

BEKAM SIHIR

SEJARAH rawatan berbekam yang dimulakan sejak ribuan tahun dahulu sering dikaitkan sebagai kaedah terbaik untuk mengeluarkan darah kotor yang menjadi punca pelbagai penyakit. Hari ini, berbekam semakin popular kerana manfaatnya didakwa berkesan membantu mengurangkan bisa penyakit gout, migrain dan sakit belakang. Terbaru, kaedah rawatan Islam ini dikatakan berupaya menangani gangguan sihir. Menurut perawat bekam di Pusat Terapi Syifa, Ahmad Husin, 36, bekam sihir boleh dilakukan di semua titik yang dipanggil Thibbun Nabawi. Selain itu, bekam juga boleh dilakukan di titik sendi badan. "Fungsi berbekam jenis ini ialah untuk mengeluarkan endapan sihir atau darah kotor akibat gangguan jin yang bergerak melalui saluran darah manusia. "Untuk mengatasi gangguan sihir, bahagian yang wajib dibekam ialah kepala dan tengkuk. Bahagian tubuh yang lain dibekam mengikut keperluan, bergantung pada jenis sihir. "Berdasarkan pengalaman saya, pesakit yang menghidap sihir k

5 MANFAAT BEKAM DI KEPALA MENURUT HADIS RASULULLAH SAW

1. Menguatkan Hafalan Hadis Riwayat Ibnu Umar Ra “Berbekam pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat, serta menambah kekuatan akal dan hafalan..”(At-Thibb,3478). Kata guruku, untuk kekuatan minda & hafalan, berbekamlah pada hari Isnin pagi selepas Israk, sebulan sekali atau 40 hari sekali. Selalu berbekam di kepala akan terhindar daripada penyakit strok. 2. Mencerdaskan Kecerdasan berhubung kait dengan ketenangan dalam belajar. Anak yang lemah dalam pelajaran biasanya terlalu aktif, hiperaktif atau terlalu malas. Penyakit anak ini hubungannya lebih banyak ke mental, kurangnya perihatin emak ayah, kerana was-was, penyakit yang dihembus syaitan. Maka bekam adalah salah satu cara menyelesaikan masalah tersebut. 3. Menajamkan Penglihatan Mata Jika melakukan Bekam Kepala, maka secara langsung akan mempengaruhi organ yang dekat dengan kepala, misalnya mata, telinga dan lain-lain. Manfaat menajamkan mata, jelas bagi pende