Skip to main content

BEKAM MUKA REDAKAN SAKIT KEPALA

 Bekam muka juga mampu mengeluarkan darah kotor sekali gus mengurangkan kesakitan kepala yang dialami.

SAKIT kepala atau migrain, situasi yang mungkin berpunca daripada faktor pemakanan, keturunan atau gaya hidup, yang muncul sekali-sekala dan jarang berlarutan pada jangka masa yang lama.

Begitupun, sakit kepala yang berlarutan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ada kalanya ia boleh memudaratkan diri dan menjadi lebih teruk. 

Selain pengambilan ubat tahan sakit, pil serta minyak angin, ramai yang tidak mengetahui dengan melakukan bekam mampu mengurangkan sakit kepala secara beransur-ansur. 

Bekam yang lazimnya dilakukan di bahagian belakang badan untuk mengeluarkan darah kotor secara tidak langsung adalah bertujuan untuk melancarkan peredaran darah di dalam badan dan begitu juga dengan bekam yang dilakukan di kepala. 

Namun begitu, cara bekam yang dilakukan untuk mengurangkan sakit kepala selain di bahagian kepala adalah di bahagian muka.

Menurut pengusaha Spa De’Ara Beauty, Norliana Mat Damuri, 30, tidak dinafikan pelbagai persoalan bermain di fikiran apabila bercakap mengenai bekam ini, seperti yang diketahui, kaedah bekam badan sahaja akan meninggalkan kesan inikan pula berbekam di bahagian muka.

Tambahnya, perkhidmatan bekam di bahagian muka ditawarkan di spanya itu sejak 17 tahun lalu dan merupakan antara perkhidmatan yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan para pelanggannya. 

Sebenarnya rawatan bekam ini tidak ramai yang mahu lakukan kerana akan meninggalkan kesan parut berminggu-minggu (mengikut kondisi individu tersebut) tetapi selain dapat melancarkan peredaran darah serta membuang darah kotor, berbekam bagus untuk mereka yang mempunyai masalah migrain, resdung, dan sakit kepala. “

Keunikan bekam ini (di bahagian muka) ialah selain dapat mengurangkan segala kesakitan yang dialami, boleh juga menyembuhkan penyakit tersebut tetapi proses ini akan mengambil masa. 

“Yang pasti segala-galanya bergantung kepada keadaaan serta situasi individu itu sendiri," katanya ketika ditemui di premis perniagaannya yang juga merupakan kediamannya di No. 4B, Blok 3, Flat PKNS, Seksyen 16, Shah Alam, Selangor. 

Mengakui mewarisi perniagaan tersebut daripada ibunya, Norliana memberitahu dia mula membantu ibunya menguruskan perniagaan spa tersebut sejak berusia 16 tahun. 

Tidak hanya sekadar menjadi pembantu, malah Norliana turut diperturunkan ilmu cara-cara untuk mengurut serta melakukan pelbagai lagi perkhidmatan yang diberikan di spanya itu seperti bertangas, sauna, urutan muka, urutan selepas bersalin, dan banyak lagi. 

Baru enam bulan mengambil alih sepenuhnya perniagaan tersebut daripada ibunya, Norliana menjelaskan dia hanya memberi perkhidmatan kepada kaum wanita sahaja kecuali bekam kerana akan dibantu oleh suaminya untuk pelanggan lelaki.

Apa yang istimewanya mengenai spa De’Ara Beauty ini ialah segala herba, minyak urut, set bersalin serta jamu yang digunakan adalah buatan sendiri dengan menggunakan herba-herba tempatan. “

Keistimewaan yang ditampilkan di sini ialah segala minyak serta jamu yang digunakan semasa proses mengurut dan sebagainya dihasilkan sendiri dengan menggunakan resipi asli dan juga herba-herba tempatan yang berkualiti. “

Jadi segala-galanya adalah semula jadi tanpa sebarang campuran bahan kimia dan Insya-Allah dengan izin-Nya, segala perkhidmatan yang diberikan mampu mengurangkan penyakit yang ada," ujarnya lagi.

Berbalik kepada rawatan bekam muka yang diberikan, Norliana menjelaskan sebelum melakukan proses bekam, pelanggan terlebih dulu akan melalui sesi urutan pada bahagian leher dan bahu ataupun satu badan bagi melancarkan peredaran darah. 

Ini kerana katanya, toksin selalunya akan berkumpul di hujung kulit dan urutan itu bertujuan memudahkan toksin atau darah kotor dikeluarkan melalui proses bekam tadi. 

Jumlah gelas bekam yang digunakan di beberapa bahagian muka seperti dagu, dahi dan pipi bergantung kepada keadaan fizikal dan tahap kesihatan seseorang pelanggan itu. 

Norliana juga menegaskan, proses berbekam tersebut seelok-eloknya dilakukan dua kali sebulan bagi mendapatkan kesan lebih ketara. 

Selain bagus untuk kesihatan, bekam muka ini juga dapat membantu menaikkan seri wajah selain dapat mengurangkan masalah jerawat dan masalah berdengkur. 

SUMBER: UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

BEKAM SIHIR

SEJARAH rawatan berbekam yang dimulakan sejak ribuan tahun dahulu sering dikaitkan sebagai kaedah terbaik untuk mengeluarkan darah kotor yang menjadi punca pelbagai penyakit. Hari ini, berbekam semakin popular kerana manfaatnya didakwa berkesan membantu mengurangkan bisa penyakit gout, migrain dan sakit belakang. Terbaru, kaedah rawatan Islam ini dikatakan berupaya menangani gangguan sihir. Menurut perawat bekam di Pusat Terapi Syifa, Ahmad Husin, 36, bekam sihir boleh dilakukan di semua titik yang dipanggil Thibbun Nabawi. Selain itu, bekam juga boleh dilakukan di titik sendi badan. "Fungsi berbekam jenis ini ialah untuk mengeluarkan endapan sihir atau darah kotor akibat gangguan jin yang bergerak melalui saluran darah manusia. "Untuk mengatasi gangguan sihir, bahagian yang wajib dibekam ialah kepala dan tengkuk. Bahagian tubuh yang lain dibekam mengikut keperluan, bergantung pada jenis sihir. "Berdasarkan pengalaman saya, pesakit yang menghidap sihir k

5 MANFAAT BEKAM DI KEPALA MENURUT HADIS RASULULLAH SAW

1. Menguatkan Hafalan Hadis Riwayat Ibnu Umar Ra “Berbekam pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat, serta menambah kekuatan akal dan hafalan..”(At-Thibb,3478). Kata guruku, untuk kekuatan minda & hafalan, berbekamlah pada hari Isnin pagi selepas Israk, sebulan sekali atau 40 hari sekali. Selalu berbekam di kepala akan terhindar daripada penyakit strok. 2. Mencerdaskan Kecerdasan berhubung kait dengan ketenangan dalam belajar. Anak yang lemah dalam pelajaran biasanya terlalu aktif, hiperaktif atau terlalu malas. Penyakit anak ini hubungannya lebih banyak ke mental, kurangnya perihatin emak ayah, kerana was-was, penyakit yang dihembus syaitan. Maka bekam adalah salah satu cara menyelesaikan masalah tersebut. 3. Menajamkan Penglihatan Mata Jika melakukan Bekam Kepala, maka secara langsung akan mempengaruhi organ yang dekat dengan kepala, misalnya mata, telinga dan lain-lain. Manfaat menajamkan mata, jelas bagi pende

KRISIS PENYEMBUHAN (HEALING CRISIS) SELEPAS AMALKAN BEKAM SUNNAH...

- Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? Jawapan: Proses dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Proses ini akan bermula menyingkirkan oksidan yang telah lama terkumpul di dalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran oksidan badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuat anda rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan. - Soalan: Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengamalkan BEKAM SUNNAH? Jawapan: Selepas mengamalkan BEKAM SUNNAH, ia akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses PEMBERSIHAN dan PENYINGKIRAN OKSIDAN dalam badan anda yang telah lama terkumpul. Proses ini terjadi untuk  menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru.  Sebag