Skip to main content

Posts

PERBEZAAN ANTARA PISAU CUKUR DAN PISAU BEDAH UNTUK TUJUAN BEKAM SUNNAH...

PERBEZAAN ANTARA JARUM DAN PISAU BEDAH UNTUK TUJUAN BEKAM SUNNAH...

5 MANFAAT BEKAM DI KEPALA MENURUT HADIS RASULULLAH SAW

1. Menguatkan Hafalan Hadis Riwayat Ibnu Umar Ra “Berbekam pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat, serta menambah kekuatan akal dan hafalan..”(At-Thibb,3478). Kata guruku, untuk kekuatan minda & hafalan, berbekamlah pada hari Isnin pagi selepas Israk, sebulan sekali atau 40 hari sekali. Selalu berbekam di kepala akan terhindar daripada penyakit strok. 2. Mencerdaskan Kecerdasan berhubung kait dengan ketenangan dalam belajar. Anak yang lemah dalam pelajaran biasanya terlalu aktif, hiperaktif atau terlalu malas. Penyakit anak ini hubungannya lebih banyak ke mental, kurangnya perihatin emak ayah, kerana was-was, penyakit yang dihembus syaitan. Maka bekam adalah salah satu cara menyelesaikan masalah tersebut. 3. Menajamkan Penglihatan Mata Jika melakukan Bekam Kepala, maka secara langsung akan mempengaruhi organ yang dekat dengan kepala, misalnya mata, telinga dan lain-lain. Manfaat menajamkan mata, jelas bagi pende...

MENGUBAH PERSEPSI RAWATAN BEKAM

KAEDAH rawatan bekam, yang wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun, semakin diyakini terutama di negara-negara Islam sebagai kaedah perubatan yang dikatakan dapat membantu menyembuhkan penyakit terutama yang kronik.  Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat. Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.  Di Malaysia, walaupun rawatan bekam semakin meluas terutama di pusat-pusat rawatan bekam dan pusat rawatan kecantikan, namun masih terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat untuk mengamalkannya. Keadaan ini timbul berikutan terdapat kekeliruan daripada andaian-andaian negatif antaranya perempuan tidak perlu berbekam kerana akan mempercepatkan proses menopaus, berbekam akan menyebabkan darah bertambah kurang, ketagihan untuk berterusan...

BUANG TOKSIN DALAM BADAN

EDRI (bukan nama sebenar) baru sahaja memasuki usia 30-an. Sungguhpun begitu pemuda ini kerap mengadu sakit kepala, pening dan mengantuk pada waktu tengah hari. Akibatnya dia tidak boleh berfikir dan hanya mahu berbaring. Sudah kerap kali dia berulang-alik ke klinik dan hospital untuk membuat pemeriksaan, namun doktor memberitahu keadaannya normal. Tidak puas hati dengan jawapan itu, dia memberanikan diri untuk mencuba sejenis rawatan alternatif yang agak popular dalam kalangan masyarakat Melayu iaitu rawatan bekam . Pemeriksaan pengamal perubatan bekam mendapati bahagian bawah kepalanya bermasalah kerana perjalanan darah di bahagian tersebut tidak lancar. Bekam adalah kaedah rawatan membuang toksin atau darah kotor yang merupakan punca segala penyakit dan dikeluarkan dari dalam tubuh melalui permukaan kulit dengan menggunakan alat bekam. Tetapi masih ramai yang tidak berani mencuba rawatan berkenaan kerana beranggapan bekam adalah s...

SABAR SENJATA BERKESAN HADAPI UJIAN DUNIA

Mukmin perlu yakin setiap perkara berlaku ada hikmah Sebagai hamba Allah SWT, kita tidak akan terlepas daripada kesusahan, dugaan, ujian, musibah dan kedukaan. Musibah boleh berlaku kepada diri sendiri, ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat-handai mahupun masyarakat dan negara. Bagi seorang Mukmin, mereka hendaklah sentiasa bersikap positif serta reda dengan qada dan qadar Allah SWT. Setiap apa yang ditakdirkan oleh Allah SWT dianggap terbaik kerana mengandungi hikmah yang mungkin tidak dapat dijangka akal fikiran manusia. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang bersabarlah saja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Surah az-Zumar, ayat 10) Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba seorang di antara kamu dengan cubaan seperti mana seorang daripada kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka, sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara All...

NATIJAH MENTAATI ALLAH DAN RASUL

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan juga keluarga baginda. Sudah pasti mentaati Allah dan Rasul-Nya akan mendapat banyak kelebihan.  Hal ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah, iaitu Nabi-nabi, para siddiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat). (al-Nisa’: 69)  Thauban seorang maula (hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah SAW) adalah seorang yang terlalu cintakan Baginda SAW dan tidak dapat menahan sabar atas kecintaannya itu. Pada suatu hari, beliau telah datang berjumpa dengan Rasulullah SAW dalam keadaan muka yang berubah kerana sedih.  Baginda bertanya kepadanya: “Apakah sebab yang mengubah air muka engkau?" Thauban menjawab: “Wahai Rasulullah SAW! Aku tidak d...