Skip to main content

TUJUAN UNTUK MENYIMPAN EMAS FIZIKAL


1. Bila kita ada tujuan simpanan emas , kita akan lebih mudah nak faham bila masa kita nak jual , bila masa kita nak kena tambah gram.
Jangan selalu terikut kata orang , lain orang lain impian dia.


2. Ada orang simpan emas nak lindung kekayaan. Sebab mereka tahu bahawa emas ialah satu aset yang tiada dalam sistem kewangan.
Nilai dia bergantung pada berat dan ketulenan emas . Bawak lah emas di mana-mana negara pun , ianya tetap bernilai.


3. Ada pula pasangan muda mudi , dia simpan emas untuk tujuan nak kahwin. 
Jadi mereka pun pakatlah si pakwe dan makwe, sebulan se gram. Cukup 3 tahun dah ada 72 gram simpanan emas.
Uniknya emas ini boleh jadi aset keluarga. Nilai sentimental tinggi.


4. Ada pula ibu bapa yang simpan emas untuk pendidikan anak-anak mereka. 
Kalau dulu emas zaman mak kita RM 35/gram saja , zaman kita RM 281/ gram , agaknya berapa harga emas zaman anak kita ?
Risiko nak gunakan duit anak pun kurang sebab aura emas elak boros.


5. Ada juga yang bekerja sekarang , dia simpan emas untuk dia bersara nanti. 
Sebab dia tahu , kalau harapkan duit KWSP saja mungkin tidak cukup nak tampung hidup lepas bersara.
Jadinya dia pun tabunglah 1 dinar sebulan.


6. Sekarang trend orang beli rumah sebelum ada orang rumah ,bro.
Nak beli rumah perlukan sekurang-kurangnya deposit 10% dari harga rumah. Kalau kita muda-mudi boros sana sini , memang susah nak buat tabung untuk beli rumah.
Kesimpulannya bro , bila kita dapat duit kita ada dua pilihan :
1. Kita belanjakan sampai habis
2. Kita buat simpanan 
Hanya masa dan takdir akan tentukan siapa ada simpanan atau tidak nanti.
Kalau bukan kita tolong diri kita , siapa lagi ?






 

Comments

Popular posts from this blog

ANGIN AHMAR / STROK

  Apa itu strok/angin ahmar? Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota. Strok/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal. Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar.Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut. Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada strok/angin ahmar? Faktor risiko penyumbang...

BEKAM SIHIR

SEJARAH rawatan berbekam yang dimulakan sejak ribuan tahun dahulu sering dikaitkan sebagai kaedah terbaik untuk mengeluarkan darah kotor yang menjadi punca pelbagai penyakit. Hari ini, berbekam semakin popular kerana manfaatnya didakwa berkesan membantu mengurangkan bisa penyakit gout, migrain dan sakit belakang. Terbaru, kaedah rawatan Islam ini dikatakan berupaya menangani gangguan sihir. Menurut perawat bekam di Pusat Terapi Syifa, Ahmad Husin, 36, bekam sihir boleh dilakukan di semua titik yang dipanggil Thibbun Nabawi. Selain itu, bekam juga boleh dilakukan di titik sendi badan. "Fungsi berbekam jenis ini ialah untuk mengeluarkan endapan sihir atau darah kotor akibat gangguan jin yang bergerak melalui saluran darah manusia. "Untuk mengatasi gangguan sihir, bahagian yang wajib dibekam ialah kepala dan tengkuk. Bahagian tubuh yang lain dibekam mengikut keperluan, bergantung pada jenis sihir. "Berdasarkan pengalaman saya, pesakit yang menghidap sihir k...

EMAS SEBAGAI SIMPANAN KECEMASAN

 “Saya tidak berminat menyimpan emas. Saya sudah ada bisnes dan income yang selesa” Ini antara contoh penolakan yang saya terima. Penolakan ini biasanya akan terjadi apabila kita tidak faham dan tidak jelas tentang fungsi sebenar emas.  Salah satu fungsi emas adalah sebagai sebagai #backup Ketika kita perlukan duit. Kata pakar kewangan, kita mesti mempunyai dana kecemasan 6 bulan hingga 12 bulan pendapatan sebagai #backup kita. Maksudnya samada kita berniaga atau bekerja, kita perlu berusaha untuk capai dana kecemasan sebanyak itu. • Jika pendapatan kita sebanyak RM2,000 kita mesti memiliki RM12,000 sebagai dana kecemasan. • Jika pendapatan kita sebanyak RM4,000 kita mesti memiliki RM24,000 sebagai dana kecemasan. • Jika pendapatan kita sebanyak RM6,000 kita mesti memiliki RM36,000 sebagai dana kecemasan. • Jika pendapatan kita sebanyak RM8,000 kita mesti memiliki RM48,000 sebagai dana kecemasan. Seandainya kita “ngeri” melihat nombor-nombor itu bermaksud fikiran kita belum b...