Skip to main content

NATIJAH MENTAATI ALLAH DAN RASUL


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan juga keluarga baginda. Sudah pasti mentaati Allah dan Rasul-Nya akan mendapat banyak kelebihan. 

Hal ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah, iaitu Nabi-nabi, para siddiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat). (al-Nisa’: 69) 

Thauban seorang maula (hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah SAW) adalah seorang yang terlalu cintakan Baginda SAW dan tidak dapat menahan sabar atas kecintaannya itu. Pada suatu hari, beliau telah datang berjumpa dengan Rasulullah SAW dalam keadaan muka yang berubah kerana sedih. 

Baginda bertanya kepadanya: “Apakah sebab yang mengubah air muka engkau?" Thauban menjawab: “Wahai Rasulullah SAW! Aku tidak ditimpa sakit atau terkejut, selain daripada aku tidak dapat melihat engkau sehingga aku menjadi terlalu rindu kepada mu ya Rasulullah sehingga aku dapat bertemu dengan engkau semula. “

Kemudian, aku teringat kepada akhirat, lalu aku takut aku tidak dapat melihat engkau kerana engkau akan diangkat bersama para Nabi sedangkan, sekiranya aku dimasukkan ke dalam syurga aku akan berada di tingkat yang rendah daripada tingkat engkau. Sekiranya aku tidak dapat masuk syurga, maka aku selama-lamanya tidak akan dapat melihat engkau." Lantas, Allah SWT menurunkan ayat di atas. 

Khabar gembira 

Ibnu Al-Arabi dalam Ahkam al-Quran menyebut: “Berkenaan sebab turunnya ayat di atas, terdapat banyak riwayat yang menceritakan mengenainya. Begitu pun, riwayat yang paling hampir dengan maksud kesemua riwayat itu ialah riwayat Said bin Jubair yang menyebut: Bahawa seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi SAW dalam keadaan berdukacita. 

Lalu Nabi SAW bertanya kepadanya: “Mengapa engkau kelihatan bersedih? Beliau menjawab: Wahai Nabi Allah, kami sentiasa berpagi dan berpetang dengan engkau, merenung wajahmu dan duduk bersamamu. Sayangnya esok hari (akhirat) engkau akan diangkat darjat bersama para Nabi, maka kami tidak dapat sampai kepadamu. 

Maka Nabi SAW tidak menjawab sedikitpun kenyataan itu. Kemudian datanglah Jibril a.s menurunkan ayat di atas ini. Lantas, Nabi Muhammad SAW mengutus orang supaya menyampaikan khabar gembira tersebut kepada lelaki tersebut." 

Sesiapa yang taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya akan dikurniakan nikmat Allah SWT. Ibnu Wahb berkata: “Saya pernah mendengar Malik berkata: “Hal yang demikian disebutkan oleh seorang lelaki tatkala Baginda SAW menceritakan tentang Madinah dan kelebihannya. Baginda menyebutkan bahawa akan dibangkitkan dari Madinah umat yang terhormat pada hari kiamat dan para syuhada sekitarnya dalam kalangan mereka yang berperang di peperangan Badar, Uhud dan Khandak. Kemudian Malik membacakan ayat di atas." “

Imam Malik memaksudkan mereka yang disebutkan dalam firman Allah SWT: Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah SWT adalah mereka yang tinggal di Madinah dan sekitarnya. Dengan itu, ayat tersebut menerangkan tentang kelebihan mereka dan kelebihan kota Madinah berbanding tempat-tempat lain seperti Mekah dan selainnya. Kelebihan ini khusus kepada Madinah. Madinah mempunyai pelbagai kelebihan yang melebihi tempat-tempat lain." 

Semoga kita juga meraih ganjaran pahala tatkala mentaati Allah dan Rasul-Nya.



Comments

Popular posts from this blog

ANGIN AHMAR / STROK

  Apa itu strok/angin ahmar? Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota. Strok/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal. Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar.Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut. Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada strok/angin ahmar? Faktor risiko penyumbang...

BEKAM SIHIR

SEJARAH rawatan berbekam yang dimulakan sejak ribuan tahun dahulu sering dikaitkan sebagai kaedah terbaik untuk mengeluarkan darah kotor yang menjadi punca pelbagai penyakit. Hari ini, berbekam semakin popular kerana manfaatnya didakwa berkesan membantu mengurangkan bisa penyakit gout, migrain dan sakit belakang. Terbaru, kaedah rawatan Islam ini dikatakan berupaya menangani gangguan sihir. Menurut perawat bekam di Pusat Terapi Syifa, Ahmad Husin, 36, bekam sihir boleh dilakukan di semua titik yang dipanggil Thibbun Nabawi. Selain itu, bekam juga boleh dilakukan di titik sendi badan. "Fungsi berbekam jenis ini ialah untuk mengeluarkan endapan sihir atau darah kotor akibat gangguan jin yang bergerak melalui saluran darah manusia. "Untuk mengatasi gangguan sihir, bahagian yang wajib dibekam ialah kepala dan tengkuk. Bahagian tubuh yang lain dibekam mengikut keperluan, bergantung pada jenis sihir. "Berdasarkan pengalaman saya, pesakit yang menghidap sihir k...

EMAS SEBAGAI SIMPANAN KECEMASAN

 “Saya tidak berminat menyimpan emas. Saya sudah ada bisnes dan income yang selesa” Ini antara contoh penolakan yang saya terima. Penolakan ini biasanya akan terjadi apabila kita tidak faham dan tidak jelas tentang fungsi sebenar emas.  Salah satu fungsi emas adalah sebagai sebagai #backup Ketika kita perlukan duit. Kata pakar kewangan, kita mesti mempunyai dana kecemasan 6 bulan hingga 12 bulan pendapatan sebagai #backup kita. Maksudnya samada kita berniaga atau bekerja, kita perlu berusaha untuk capai dana kecemasan sebanyak itu. • Jika pendapatan kita sebanyak RM2,000 kita mesti memiliki RM12,000 sebagai dana kecemasan. • Jika pendapatan kita sebanyak RM4,000 kita mesti memiliki RM24,000 sebagai dana kecemasan. • Jika pendapatan kita sebanyak RM6,000 kita mesti memiliki RM36,000 sebagai dana kecemasan. • Jika pendapatan kita sebanyak RM8,000 kita mesti memiliki RM48,000 sebagai dana kecemasan. Seandainya kita “ngeri” melihat nombor-nombor itu bermaksud fikiran kita belum b...