Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2022

ANGIN AHMAR / STROK

  Apa itu strok/angin ahmar? Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota. Strok/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal. Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar.Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut. Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada strok/angin ahmar? Faktor risiko penyumbang kep

TUJUAN UNTUK MENYIMPAN EMAS FIZIKAL

1. Bila kita ada tujuan simpanan emas , kita akan lebih mudah nak faham bila masa kita nak jual , bila masa kita nak kena tambah gram. Jangan selalu terikut kata orang , lain orang lain impian dia. 2. Ada orang simpan emas nak lindung kekayaan. Sebab mereka tahu bahawa emas ialah satu aset yang tiada dalam sistem kewangan. Nilai dia bergantung pada berat dan ketulenan emas . Bawak lah emas di mana-mana negara pun , ianya tetap bernilai. 3. Ada pula pasangan muda mudi , dia simpan emas untuk tujuan nak kahwin.  Jadi mereka pun pakatlah si pakwe dan makwe, sebulan se gram. Cukup 3 tahun dah ada 72 gram simpanan emas. Uniknya emas ini boleh jadi aset keluarga. Nilai sentimental tinggi. 4. Ada pula ibu bapa yang simpan emas untuk pendidikan anak-anak mereka.  Kalau dulu emas zaman mak kita RM 35/gram saja , zaman kita RM 281/ gram , agaknya berapa harga emas zaman anak kita ? Risiko nak gunakan duit anak pun kurang sebab aura emas elak boros. 5. Ada juga yang bekerja sekarang , dia simpan

MANFAAT SIMPAN EMAS

Bila kita simpan emas atau bercadang nak mulakan simpanan, kita tentu tertanya-tanya Nak simpan emas sampai bila? Jadi, saya nak berikan tips.  1. Kita simpan emas sebagai tabung kecemasan keluarga sampai cukup nilai 3-6 bulan perbelanjaan. 2. Kita simpan sehingga cukup nilai untuk pergi umrah dan haji. 3. Kita menabung untuk perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak. 4. Kita simpan emas sebagai dana persaraan. 5. Kita simpan emas secara konsisten sehingga boleh tukar ia menjadi aset lain seperti rumah dan tanah 6. Kita simpan emas hingga berjaya selesaikan hutang kereta. Bila kita ada matlamat yang jelas, baru kita akan terus bermotivasi untuk simpan emas secara konsisten. Dah fahamkan? Boleh simpan emas hari ini

EMAS SEBAGAI SIMPANAN KECEMASAN

 “Saya tidak berminat menyimpan emas. Saya sudah ada bisnes dan income yang selesa” Ini antara contoh penolakan yang saya terima. Penolakan ini biasanya akan terjadi apabila kita tidak faham dan tidak jelas tentang fungsi sebenar emas.  Salah satu fungsi emas adalah sebagai sebagai #backup Ketika kita perlukan duit. Kata pakar kewangan, kita mesti mempunyai dana kecemasan 6 bulan hingga 12 bulan pendapatan sebagai #backup kita. Maksudnya samada kita berniaga atau bekerja, kita perlu berusaha untuk capai dana kecemasan sebanyak itu. • Jika pendapatan kita sebanyak RM2,000 kita mesti memiliki RM12,000 sebagai dana kecemasan. • Jika pendapatan kita sebanyak RM4,000 kita mesti memiliki RM24,000 sebagai dana kecemasan. • Jika pendapatan kita sebanyak RM6,000 kita mesti memiliki RM36,000 sebagai dana kecemasan. • Jika pendapatan kita sebanyak RM8,000 kita mesti memiliki RM48,000 sebagai dana kecemasan. Seandainya kita “ngeri” melihat nombor-nombor itu bermaksud fikiran kita belum bersedia p

CARA MINUM MADU SEBAGAI PENAWAR PENYAKIT

Selama ini, tujuan makan madu selain nak sihat tentu-tentulah nak sembuhkan penyakit. Tapi kenapa walau dah habis berbotol madu, sakitnya masih ada.. tak jadi ubat. Rupanya cara minum madu itu yang salah. Dr Hisham bin Hashim, seorang herbalis dan gemologis memaklumkan petua bukan sekadar apa yang difikirkan sebagai tinggalan orang dulu-dulu. Petua itu sebenarnya adalah daripada Rasulullah SAW. Mengamalkan pemakanan sunnah sepatutnya memberi kesan yang cukup baik. Antara makanan sunnah adalah habbatus sauda, madu lebah dan minyak zaitun. Tapi mengapa pemakanan yang disebutkan dalam al Quran mahupun hadis dengan kesan penyembuhan ini tetap tidak memberi kesan penyembuhan dalam diri seseorang? Maka itu, perlunya petua dirujuk kembali. Kerana antara petua dan ilmu itu, petua juga sama penting. Andai ada ilmu yang banyak sekalipun, tanpa cara betul mengamalkan petua. Petua tetap tidak menjadi ubat. Madu lebah mempunyai kesan penyembuhan yang hebat. Yang mana lebah-lebah akan bekerja mengum

APAKAH PENGKRISTALAN MADU?

APA ITU STRESS?

Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress)  ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai “eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai “distress.”  Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika Alexander Graham Bell sedang berusaha untuk membant

SOALAN-SOALAN YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MENGAMALKAN BAWANG PUTIH TUNGGAL

KRISIS PENYEMBUHAN BAWANG PUTIH TUNGGAL

FUNGSI BAWANG PUTIH TUNGGAL