EDRI (bukan nama sebenar) baru sahaja memasuki usia 30-an. Sungguhpun begitu pemuda ini kerap mengadu sakit kepala, pening dan mengantuk pada waktu tengah hari. Akibatnya dia tidak boleh berfikir dan hanya mahu berbaring. Sudah kerap kali dia berulang-alik ke klinik dan hospital untuk membuat pemeriksaan, namun doktor memberitahu keadaannya normal. Tidak puas hati dengan jawapan itu, dia memberanikan diri untuk mencuba sejenis rawatan alternatif yang agak popular dalam kalangan masyarakat Melayu iaitu rawatan bekam . Pemeriksaan pengamal perubatan bekam mendapati bahagian bawah kepalanya bermasalah kerana perjalanan darah di bahagian tersebut tidak lancar. Bekam adalah kaedah rawatan membuang toksin atau darah kotor yang merupakan punca segala penyakit dan dikeluarkan dari dalam tubuh melalui permukaan kulit dengan menggunakan alat bekam. Tetapi masih ramai yang tidak berani mencuba rawatan berkenaan kerana beranggapan bekam adalah s
"Bekam Sunnah, Perubatan Wahyu"