Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

DARAH TINGGI PENYAKIT SEUMUR HIDUP

HIPERTENSI ataupun darah tinggi merupakan salah satu penyakit utama yang sering dihidapi penduduk negara ini. Walaupun bahaya penyakit ini banyak didedahkan, begitu juga cara-cara untuk mencegahnya namun bilangan penghidapnya tidak menampakkan tanda-tanda penurunan. Ini kerana ketiadaan simptom ketara yang dapat mengaitkan seseorang dengan penyakit ini. Pakar Kardiologi dan Pengarah Klinikal Perkhidmatan Kecemasan Jantung, Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Azhari Rosman menegaskan, punca tekanan darah tinggi membabitkan 95 peratus pesakit masih tidak diketahui.  “Malah, ada individu yang tidak mengetahui mereka menghidap darah tinggi selama bertahun-tahun tanpa sedikit pun menunjukkan simptom,” katanya. Ujarnya lagi, penyakit ini tidak akan hilang. Dalam kebanyakan kes, ia merupakan penyakit seumur hidup. Akibatnya, penghidap darah tinggi perlu bergantung kepada ubat-ubatan sepanjang hayat bagi mengawal tekanan darah mereka. Secara

BEKAM SIHIR

SEJARAH rawatan berbekam yang dimulakan sejak ribuan tahun dahulu sering dikaitkan sebagai kaedah terbaik untuk mengeluarkan darah kotor yang menjadi punca pelbagai penyakit. Hari ini, berbekam semakin popular kerana manfaatnya didakwa berkesan membantu mengurangkan bisa penyakit gout, migrain dan sakit belakang. Terbaru, kaedah rawatan Islam ini dikatakan berupaya menangani gangguan sihir. Menurut perawat bekam di Pusat Terapi Syifa, Ahmad Husin, 36, bekam sihir boleh dilakukan di semua titik yang dipanggil Thibbun Nabawi. Selain itu, bekam juga boleh dilakukan di titik sendi badan. "Fungsi berbekam jenis ini ialah untuk mengeluarkan endapan sihir atau darah kotor akibat gangguan jin yang bergerak melalui saluran darah manusia. "Untuk mengatasi gangguan sihir, bahagian yang wajib dibekam ialah kepala dan tengkuk. Bahagian tubuh yang lain dibekam mengikut keperluan, bergantung pada jenis sihir. "Berdasarkan pengalaman saya, pesakit yang menghidap sihir k

MUKJIZAT BEKAM, PERINTAH BERBEKAM DAN KENAPA PERLU BERBEKAM?

MUKJIZAT BEKAM  Orang-orang beriman baik lelaki atau perempuan pasti sangat rindu ingin mendengar sunnah Rasulullah SAW khususnya bekam. Ramai pesakit yang pernah menjalani terapi bekam ini menyaksikan dan merasai sendiri mukjizat kesembuhan dalam mengatasi penyakit-penyakit yang sukar di sembuhkan oleh para doktor. Sayangnya masih sedikit yang mengenali kaedah pengubatan ini. Bahkan dari kalangan terpelajar pun sedikit sekali yang pernah mendengarnya apalagi dari kalangan awam. Setiap muslim dan muslimah tahu bahawa hadith-hadith Rasulullah SAW tidak pernah berubah dan berganti, kerana ia wahyu dari Allah SWT dan agama ini telah sempurna dan segala puji hanya bagi Allah SWT. Maka hadith-hadith yang berkaitan kaedah pengubatan dengan bekam, keutamaannya, hari-hari perlaksanaannya dan sebagainya adalah bersifat tetap tidak berubah. Sungguhpun begitu saya memohon kepada Allah SWT agar mengurniakan kepada kita ilmu, pandangan yang mendalam dan keikhlasan dalam memberikan manfaa

USIA SEL DARAH MANUSIA 120 HARI SAHAJA

Usia sel darah merah manusia hanya 120 hari sahaja, selepas 120 hari sel darah merah tersebut mati dan terkumpul dibawah eperdemis kulit, hanya sistem bekam sahaja yang mampu mengeluarkan darah dibawah eperdemis kulit tersebut, dan jika ia tidak dibuang dan dibiarkan berkumpul akan melemahkan sistem imun kelak.

KONSEP BEKAM DALAM MERAWAT PENYAKIT

- Apabila berlaku torehan/tusukan jarum bekam pada kulit, maka banyaklah hormon generasi sel tersebar,fungsi hormon tersebut adalah untuk memperbaiki/merawat segala kekurangan pada organ/bahagian yang dibekam tadi. Dalam masa yang sama banyak juga sel/tisu baru dihasilkan dan berlaku penambahbaikan tisu pada kawasan yang dibekam tadi.  - Setiap torehan/tusukan jarum bekam pada kulit juga sekaligus menggalakkan penghasilan SEL T, iaitu unsur utama sistem imun yang melawan sebarang penyakit dalam tubuh badan. Lagi banyak torehan/tusukan jarum bekam yang berlaku pada anggota badan, makin lagi banyaklah SEL T dihasilkan secara tak langsung sistem imun kita berada pada tahap yang maksimum setiap masa, dan individu tersebut agak sukar diserang sebarang penyakit.  - Pengeluaran darah kotor yang terdiri angin, patogen, sel darah merah yang mati, uric acid, toksin , toksid, gula dan lemak berlebihan dalam aliran darah. Pengeluaran darah kotor yang disebutkan tadi akan melanc

PERUBATAN SUNNAH

Dalam perubatan Sunnah, terdapat 5 kaedah yang perlu ada pada setiap muslim iaitu:- 1. IMAN Setiap muslim perlu beriman dan percaya pada kuasa Allah SWT yang memberikan sakit dan menyembuhkannya. Perlu yakin dengan ubat yang Allah SWT kurniakan kepada hambanya seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran iaitu madu dan habatus sauda’. Dengan madu dan habatus sauda’ dapat mengubati semua penyakit kronik kecuali mati. Sesungguhnya mati itu pasti bagi semua makhluk yang hidup di dunia ini. 2. AMAL Beramal dengan sunnah Nabi Muhammad SAW di samping mendapat pahala mengamalkannya dapat juga kebaikan dan kelebihan dengan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW. Contohnya seperti:- a. Bersugi menggunakan kayu miswak atau sugi fadhilatnya dapat menghindarkan daripada sakit gigi berlubang serta gigi tidak akan reput. b. Menyimpan janggut bagi suami atau ketua keluarga fadhilatnya dapat mengubati keracunan makanan dengan menghisap hujung janggutnya. c. Makan secara berjemaa

PERBEZAAN BEKAM DARAH DAN DERMA DARAH

Sering individu yang pertama kali datang untuk berbekam bertanya tentang darah yang dikeluarkan semasa berbekam. Ada yang gelisah apabila melihat banyak darah yang keluar didalam cup dan ini menjadikan mereka panik. Mereka mengaitkan gejala yang timbul selepas berbekam seperti pening dan mual kerana kehilangan banyak darah. Ada juga yang bertanya apa perbezaan berbekam dan menderma darah? Di bawah ini ada serba sedikit penerangan berken aan perbezaan derma darah dan bekam darah : Sebenarnya berbekam hanya membuang darah kotor yang terkumpul dibawah lapisan kulit, darah ini adalah darah yang perlu dibuang kerana ianya tidak diperlukan selepas proses perkumuhan. Percayalah, jika bahagian tersebut tidak mempunyai darah kotor hanya sedikit sahaja darah yang keluar. Bagi mereka yang mengalami pening-pening dan mual pada kebiasaanya berlaku kepada mereka yang mempunyai daya tahan tubuh yang rendah ataupun kurang meminum air. Tetapi kebanyakkan yang berlaku adalah faktor

CEGAH STROK DENGAN BEKAM SUNNAH

PERNAHKAH anda berdepan situasi jantung tiba-tiba berdegup kencang, berpeluh, dada merasa seperti dihimpit, pening, loya, hendak pitam, sukar bernafas dan letih tidak semena-mena. Jika ini terjadi anda mungkin mengalami masalah Fribilasi Atrial (Atrial Fribillation) atau keadaan di mana jantung berdegup secara tidak sekata iaitu terlalu pantas atau terlalu perlahan. Apa yang menakutkan, tiada tanda-tanda jelas yang boleh mengesan awal masalah Aritmia atau rentak jantung tidak sekata ini. Malah orang yang mengalaminya punya lima kali ganda kemungkinan diserang angin ahmar berbanding mereka yang tidak mengalaminya. Angin ahmar atau istilahnya serangan otak, yang dikaitkan dengan masalah FA adalah lebih serius dan dikaitkan dengan lebih banyak kehilangan upaya diri berbanding angin ahmar yang bukan disebabkan FA. Menurut Pakar Runding Kardiologi dan Presiden Majlis Stroke Malaysia, Dr Razali Omar FA berlaku apabila isyarat elektrik gagal diterima menyebabkan ruang ata

SELAMAT DATANG KE AL-HIJAMAH MELAKA

Assalammualaikum... Selamat datang saya ucapkan kepada anda semua ke Blog Al-Hijamah Melaka. Tujuan Blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu tentang Al-Hijamah atau dalam bahasa Melayu ialah BEKAM yang mana ianya adalah satu peninggalan Rasulullah SAW yang semakin dilupakan oleh masyarakat kita. Semoga dengan perkongsian ilmu tentang BEKAM ini dapat memberi kesedaran dan mengamalkannya kepada masyarakat kita yang mana ianya memberi 1001 hikmah dalam menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izinNYA...AMin.. Admin Al-Hijamah Melaka: Azizi Hadi