Skip to main content

5 MANFAAT BEKAM DI KEPALA MENURUT HADIS RASULULLAH SAW



1. Menguatkan Hafalan

Hadis Riwayat Ibnu Umar Ra “Berbekam pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat, serta menambah kekuatan akal dan hafalan..”(At-Thibb,3478). Kata guruku, untuk kekuatan minda & hafalan, berbekamlah pada hari Isnin pagi selepas Israk, sebulan sekali atau 40 hari sekali. Selalu berbekam di kepala akan terhindar daripada penyakit strok.

2. Mencerdaskan

Kecerdasan berhubung kait dengan ketenangan dalam belajar. Anak yang lemah dalam pelajaran biasanya terlalu aktif, hiperaktif atau terlalu malas. Penyakit anak ini hubungannya lebih banyak ke mental, kurangnya perihatin emak ayah, kerana was-was, penyakit yang dihembus syaitan. Maka bekam adalah salah satu cara menyelesaikan masalah tersebut.

3. Menajamkan Penglihatan Mata

Jika melakukan Bekam Kepala, maka secara langsung akan mempengaruhi organ yang dekat dengan kepala, misalnya mata, telinga dan lain-lain. Manfaat menajamkan mata, jelas bagi penderita diabetes, jika gula darahnya naik, maka pandangan mata akan kabur. Jika selesai dibekam, maka pandangan mata akan lebih jelas dan ringan.

4. Mengusir Sihir

Diriwayatkan, suatu ketika Nabi saw merasa tidak enak, ada rasa mudah lupa, maka Nabi tahu itu adalah upaya orang kafir yang memang sebagian ahli sihir. Kemudian Nabi saw meminta bekam di kepala. Jadi, inilah kenapa bekam dapat mengusir sihir tidak lain sesuai dengan petunjuk Nabi saw. Jika seseorang di dalam tubuhnya dipengaruhi sihir, maka jika di bekam akan mengalami proses yang berbeza, kadang-kadang muntah, kadang gelisah, rasa pening, pitam, bahkan jika kerasukan jin, melihat ahli bekam saja mereka lari.

5. Meringankan Tubuh

Suatu ketika Nabi saw melihat orang yang selesai bekam, lalu Nabi saw bersabda, “Orang itu telah membuang beban tubuhnya”. Darah yang keluar ketika dibekam adalah darah statis, darah diam, sel darah mati, darah kotor (warna lebih hitam, tidak boleh mengikat oksigen). Jadi jika sudah dikeluarkan, tubuh akan ringan sepertimana minyak enjin kereta digantikan minyak enjin yang baru. Kerja organ akan normal.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRISIS PENYEMBUHAN (HEALING CRISIS) SELEPAS AMALKAN BEKAM SUNNAH...

- Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? Jawapan: Proses dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Proses ini akan bermula menyingkirkan oksidan yang telah lama terkumpul di dalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran oksidan badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuat anda rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan. - Soalan: Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengamalkan BEKAM SUNNAH? Jawapan: Selepas mengamalkan BEKAM SUNNAH, ia akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses PEMBERSIHAN dan PENYINGKIRAN OKSIDAN dalam badan anda yang telah lama terkumpul. Proses ini terjadi untuk  menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru....

RADIKAL BEBAS

Radikal bebas dan antioksidan adalah istilah yang sering kali kita dengar, tapi banyak orang yang mungkin tidak mengetahui apa sebenarnya radikal bebas. Sebenarnya radikal bebas atau sering disebut oksidan merupakan molekul-molekul yang sangat reaktif di dalam tubuh dan pada hakikatnya dapat merosakkan bio molekul penting di dalam sel-sel, termasuk DNA. Hal ini merupakan penyebab utama penyakit serius seperti serangan jantung, kanser dan penuaan awal. Berdasarkan penelitian saintis Moses Gomberg dan saintis lainnya, istilah radikal bebas dimaksudkan sebagai molekul yang relatif tidak stabil di dalam sel, mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan di orbit luarnya. Molekul tersebut bersifat reaktif dalam mencari pasangan elektronnya, yang biasanya “dicuri” dari sel tubuh lain. Hal inilah yang merosakkan sel-sel tubuh, sehingga terjadi penuaan awal. Radikal bebas yang bersifat reaktif tersebut juga dapat menimbulkan perubahan kimia dan me...