Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

5 MANFAAT BEKAM DI KEPALA MENURUT HADIS RASULULLAH SAW

1. Menguatkan Hafalan Hadis Riwayat Ibnu Umar Ra “Berbekam pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat, serta menambah kekuatan akal dan hafalan..”(At-Thibb,3478). Kata guruku, untuk kekuatan minda & hafalan, berbekamlah pada hari Isnin pagi selepas Israk, sebulan sekali atau 40 hari sekali. Selalu berbekam di kepala akan terhindar daripada penyakit strok. 2. Mencerdaskan Kecerdasan berhubung kait dengan ketenangan dalam belajar. Anak yang lemah dalam pelajaran biasanya terlalu aktif, hiperaktif atau terlalu malas. Penyakit anak ini hubungannya lebih banyak ke mental, kurangnya perihatin emak ayah, kerana was-was, penyakit yang dihembus syaitan. Maka bekam adalah salah satu cara menyelesaikan masalah tersebut. 3. Menajamkan Penglihatan Mata Jika melakukan Bekam Kepala, maka secara langsung akan mempengaruhi organ yang dekat dengan kepala, misalnya mata, telinga dan lain-lain. Manfaat menajamkan mata, jelas bagi pende

MENGUBAH PERSEPSI RAWATAN BEKAM

KAEDAH rawatan bekam, yang wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun, semakin diyakini terutama di negara-negara Islam sebagai kaedah perubatan yang dikatakan dapat membantu menyembuhkan penyakit terutama yang kronik.  Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat. Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.  Di Malaysia, walaupun rawatan bekam semakin meluas terutama di pusat-pusat rawatan bekam dan pusat rawatan kecantikan, namun masih terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat untuk mengamalkannya. Keadaan ini timbul berikutan terdapat kekeliruan daripada andaian-andaian negatif antaranya perempuan tidak perlu berbekam kerana akan mempercepatkan proses menopaus, berbekam akan menyebabkan darah bertambah kurang, ketagihan untuk berterusan melakuka