Skip to main content

10 TITIK SUNNAH


Dari Anas r.a. yang berkata :.
كَانَ رَسُولُ اللهِ يَحْتَجِمُ فِي الْأَخْدَعَيْنِ وَالْكَاهِلِ

Maksudnya : “Rasulullah s.a.w. pernah berbekam pada ‘akhda’ain dan bahu baginda.” [Sahih al-Jami' : 4927]

Juga diriwayatkan dari Anas bahawa Rasulullah s.a.w.:.
احْتَجَمَ وَهُوَ مُحْرِمٌ فِي رَأْسِهِ لِصُدَاعٍ كَانَ بِهِ وَفِي رِوَايَةٍ مِنْ وَجَعٍ كَانَ بِهِ وَفِي لَفْظٍ : مِنْ شَقِيقَةٍ كَانَتْ بِهِ

Maksudnya : “Baginda berbekam di kepala ketika baginda melaksanakan ihram kerana berasa pening. Dalam riwayat lain kerana sakit yang dirasakan baginda. Dalam tulisan yang lain kerana sakit kepala yang dirasakan baginda.” [HR Bukhari, Jilid 1, hadis no. 5700, At-Thibb].

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w. pernah berbekam tiga kali pada akhda’ain dan bahu. Sanadnya sahih menurut syarat Bukhari.

Semua hadis di atas menegaskan bahawa Rasulullah s.a.w. berbekam pada titik-titik tertentu, dan yang paling masyhur ialah pada akhda’ain dan tengkuk. Akhda’ain ialah 2 urat di samping leher. Berbekam pada akhda’ain ini bermanfaat untuk mengatasi sakit di bahagian kepala dan wajah.

Dari Salma, pelayan Rasulullah s.a.w. yang berkata, “Tidak ada seorang pun yang mengadu sakit kepala kepada Rasulullah s.a.w, kecuali baginda bersabda : Berbekamlah.” Tidak ada pula yang mengadu sakit kaki (jari) kecuali baginda bersabda : Gilaplah keduanya dengan inai.” [Abu Daud, Kitab at-Thibb].

Dalam Sahih Ibnu Hibban, At-Thibb, Jilid XIII hal 442, hadis ke 6078, diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Abu Hind pernah membekam Rasulullah s.a.w. pada yafukh. Maka Nabi s.a.w. bersabda :”Wahai segenap kaum Ansar, nikahkanlah Abu Hind dan nikahkanlah anak kamu dengannya.” Lantas baginda bersabda lagi : “Bila pada pengubatan kamu ada yang terbaik, maka itulah bekam.”


Comments

Popular posts from this blog

5 MANFAAT BEKAM DI KEPALA MENURUT HADIS RASULULLAH SAW

1. Menguatkan Hafalan Hadis Riwayat Ibnu Umar Ra “Berbekam pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat, serta menambah kekuatan akal dan hafalan..”(At-Thibb,3478). Kata guruku, untuk kekuatan minda & hafalan, berbekamlah pada hari Isnin pagi selepas Israk, sebulan sekali atau 40 hari sekali. Selalu berbekam di kepala akan terhindar daripada penyakit strok. 2. Mencerdaskan Kecerdasan berhubung kait dengan ketenangan dalam belajar. Anak yang lemah dalam pelajaran biasanya terlalu aktif, hiperaktif atau terlalu malas. Penyakit anak ini hubungannya lebih banyak ke mental, kurangnya perihatin emak ayah, kerana was-was, penyakit yang dihembus syaitan. Maka bekam adalah salah satu cara menyelesaikan masalah tersebut. 3. Menajamkan Penglihatan Mata Jika melakukan Bekam Kepala, maka secara langsung akan mempengaruhi organ yang dekat dengan kepala, misalnya mata, telinga dan lain-lain. Manfaat menajamkan mata, jelas bagi pende...

KRISIS PENYEMBUHAN (HEALING CRISIS) SELEPAS AMALKAN BEKAM SUNNAH...

- Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? Jawapan: Proses dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Proses ini akan bermula menyingkirkan oksidan yang telah lama terkumpul di dalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran oksidan badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuat anda rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan. - Soalan: Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengamalkan BEKAM SUNNAH? Jawapan: Selepas mengamalkan BEKAM SUNNAH, ia akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses PEMBERSIHAN dan PENYINGKIRAN OKSIDAN dalam badan anda yang telah lama terkumpul. Proses ini terjadi untuk  menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru....

BEKAM SIHIR

SEJARAH rawatan berbekam yang dimulakan sejak ribuan tahun dahulu sering dikaitkan sebagai kaedah terbaik untuk mengeluarkan darah kotor yang menjadi punca pelbagai penyakit. Hari ini, berbekam semakin popular kerana manfaatnya didakwa berkesan membantu mengurangkan bisa penyakit gout, migrain dan sakit belakang. Terbaru, kaedah rawatan Islam ini dikatakan berupaya menangani gangguan sihir. Menurut perawat bekam di Pusat Terapi Syifa, Ahmad Husin, 36, bekam sihir boleh dilakukan di semua titik yang dipanggil Thibbun Nabawi. Selain itu, bekam juga boleh dilakukan di titik sendi badan. "Fungsi berbekam jenis ini ialah untuk mengeluarkan endapan sihir atau darah kotor akibat gangguan jin yang bergerak melalui saluran darah manusia. "Untuk mengatasi gangguan sihir, bahagian yang wajib dibekam ialah kepala dan tengkuk. Bahagian tubuh yang lain dibekam mengikut keperluan, bergantung pada jenis sihir. "Berdasarkan pengalaman saya, pesakit yang menghidap sihir k...