Bekam dalam istilah Melayu membawa maksud pelepasan angin dalam badan atau pelepasan Oksidan @ Radikal Bebas dari badan manakala dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai Al-Hijamah iaitu kaedah pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan.
Ia menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh dan gelas. Bersesuaian dengan perubahan zaman, teknologi bekam menggunakan alat vakum moden yang bersih dan suci hama.
Sejarah juga menunjukkan, kaedah bekam telah diamalkan lebih daripada 2,000 tahun lalu dengan menggunakan cawan bekam yang diperbuat daripada tembaga dan digunakan secara meluas sejak dahulu lagi. Begitu juga pada tamadun Rom, mereka menggunakan cawan tembaga reka bentuk zaman Rom dengan liang di bahagian bawah bertindak sebagai injap.
Malah tokoh perubatan tersohor dunia, Ibnu Sina (980-1037) turut mengamalkan bekam atau hijamah. Keistimewaan perubatan ini menular hingga ke beberapa negara seperti China, Palestin, Jerman dan negara-negara Eropah.
Daripada Anas bin Malik katanya, Baginda bersabda bermaksud: Bahawa tidak aku berlalu (berjalan) di malam Israk dengan malaikat melainkan mereka berkata, `Wahai Muhammad perintahkan ke atas umat engkau dengan berbekam.
Proses bekam akan berjalan dalam empat peringkat bermula dengan rawatan asas, memulihkan sakit, mengekalkan dan memelihara kesihatan.
Semasa rawatan asas, seluruh badan perlu dibekam contohnya di bahagian kepala, yang dilakukan secara berperingkat-peringkat dan tidak melebihi seminggu. Selepas itu, ia akan meliputi seluruh badan.
Tujuan utama untuk membuang keracunan dalam darah, memulihkan saraf-saraf dan organ-organ dalam badan. Di samping itu, ia juga penting untuk membetulkan sistem badan dan memudahkan pengaliran oksigen.
Selesai rawatan tersebut, Ibrahim akan menjalankan rawatan pemulihan secara berulang sehingga penyakit sembuh. Walaupun telah sembuh, mereka perlu mengulangi rawatan bagi mengekalkan kesihatan. Ini amat penting supaya pesakit berasa selesa dan segar.
Kebiasaannya, Oksidan @ Radikal Bebas yang disedut keluar berwarna kehitam-hitaman dan kadang-kadang mempunyai lendir , lemak dan benda-benda keracunan yang lain. Pernah suatu ketika, cerita beliau, ada juga darah yang disedut keluar mempunyai lapisan putih seperti susu di bahagian atasnya yang berpunca daripada kesilapan mengamalkan ubat-ubatan yang tidak sepatutnya.
Darah yang terdapat di dalam badan yang tidak berfungsi lagi untuk tubuh, akhirnya membawa keracunan dan mengakibatkan sistem tubuh lemah. Jika tidak dibuangkan, toksin tadi akan menyebabkan badan tidak boleh bertahan dan terjadilah penyakit seperti buah pinggang, kencing manis dan penyakit lain yang merbahaya.
Bagi yang telah mendapatkan rawatan bekam, mereka akan merasakan perbezaan dari segi kecergasan otak, sendi-sendi jadi ringan, wajah berseri dan tidak ditumbuhi jerawat, tubuh semakin bertenaga, bau badan wangi dan seluruh organ dalaman badan bertambah sihat.

Comments
Post a Comment